Friday 25 September 2015

Create your flash banner free online

PPK1MS - Platform Penjaja & Peniaga Kecil Berbilang bangsa (1Malaysia)

Pengujudan PPK1MS (Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil 1Malaysia, Sarawak) adalah atas keperluan dan kehendak warga penjaja & peniaga kecil yang menghendaki satu platform yang kukuh. PPK1MS akan mewakili ahli-ahli yang berdaftar dan juga memberi peluang dan kemudahan yang disalurkan oleh pihak Kerajaan.

PPK1MS mempunyai satu sistem pangkalan data (database) yang serba lengkap berkenaan pendaftaran dan pentadbiran ahli-ahlinya. Ini adalah bagi memudahkan penyaluran maklumat, penyaluran bantuan dan peluang kepada mereka-mereka yang berkenaan.

Sokongan daripada pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan khasnya pihak UPUB, SEDC dan pihak KPDNKK dan juga kementerian Persekutuan yang berkenaan merancakkan lagi aktiviti ke arah pencapaian matlamat PPK1MS.



PPK1MS akan, antara lain menguruskan pelbagai kemudahan yang disalurkan kepada ahli-ahli oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan tidak kurang juga daripada Pihak Kerajaan Negeri Sarawak.

Ini termasuklah bantuan, kursus & latihan, skim-skim (Pinjaman Mikro, Pinjaman Bazaar Ramadan, Tekun dsbnya.), insuran PIMP1M, 'business matching' dan sebagainya.

Pengambilan ahli-ahli baru yang berminat untuk menyertai PPK1MS akan bermula pada Oktober hingga Disember 2015. (Untuk kelulusan tahun 2016)

 


Setakat ini, keahlian PPK1MS ialah setakat 1,201 orang daripada pelabagai jurusan perniagaan. Mereka juga diadaptasi daripada penyertaan SBR seluruh Sarawak.

Ini temasuklah daripada daerah dan bahagian seperti berikut :
1.  Lundu           (Termasuk kawasan yang berkedekatan)
2.  Kuching        (Merangkumi kawasan bandaraya dan pinggir bandar)
3.  Samarahan    (Merangkumi Serian, Gedong dan Semunjan)
4.  Sri Aman      (Kawasan luarbandar, penjaja sepanjang jalan utama)   
4.  Betong          (Merangkumi kawasan Roban, Seratok, Kabong dan bahagian tengah)
5.  Sarikei          (Termasuk kawasan persisiran pantai kawasan tersebut)
6.  Sibu                     (Kawasan bandar dan pinggir bandar)
7.  Mukah          (Merangkumi peniaga dan penjaja kecilan pekan dan kampung)
8.  Bintulu          (Termasuk keahlian daripada sub-sub unit dikampung pedalaman)
9.  Miri              (Penyertaan daripada penjaja & peniaga kecil Miri dan pinggiran bandar)
10 Limbang      (Kawasan utara Sarawak dan sempadan Brunei)


PPK1M akan menganggotai Majlis Perunding Penjaja & Peniaga Kecil (M3PN) di Sarawak dan Peringkat Persekutuan.
Ini adalah untuk memudahkan lagi segala usaha bagi memberi info dan bantuan kepada ahli-ahli PPK1MS.