Berkenaan PPPS

Persatuan Peniaga Dan Penjaja Sarawak (PPPS) adalah dulu dikenali dengan nama Persatuan  Penjaja & Peniaga Kecil 1Malaysia, Sarawak yang telah ditubuhkan pada Julai 2015 di Kuching Sarawak. 

PPPS adalah ahli Gabungan kepada GAPEMA (Gabungan Persatuan Penjaja Dan Peniaga Melayu Malaysia).

Daftar keahlian PPPS ialah tidak kurang daripada 1500 orang dari pelbagai latar belakang perniagaan.
Taburan keahlian adalah dari seluruh bahagian di Sarawak. 
Keahlian ini bertambah dari masa ke masa.
Unit unit dibentuk disetiap Bahagian yang dikendalikan oleh ketua ketua unit agar senang mengenalpasti dan catatan data Serta latarbelakang setiap ahli di satu satu tempat.

Persatuan Peniaga & Penjaja Sarawak (PPPS) merupakan sebuah badan NGO (Non - Goverment Organisation) yang menyediakan platform untuk naungan ahli-ahli bagi menyuarakan hasrat, permasalahan dan penyelesaian, suara dan rintihan berkenaan perkara-perkara yang menyentuh aktiviti dan peranan penjaja & peniaga kecil kepada pihak pemerintah.

Keahlian PPPS adalah daripada warga penjaja & peniaga kecil yang beroperasi di seluruh Sarawak. Terdiri daripada berbilang bangsa dan agama selari dengan konsep 1 Malaysia.

PPPS diselaraskan dengan penubuhan wilayah serta unit-unit di seluruh bahagian di negeri Sarawak.



Unit-unit PPPS di seluruh bahagian di Sarawak diketuai oleh KETUA WILAYAH dan KETUA UNIT dengan barisan anggota yang dilantik dan diluluskan oleh PPPS induk.

Keanggotaan dan keahlian adalah terdiri daripada kalangan penjaja kecil, usahawan dan peniaga-penaiga. Ini termasuklah mereka yang berniaga harian sepenuhmasa dan juga sambilan bagi menambah pendapatan. Ini termasuklah 
a) Penjaja-penjaja kaki lima
b) Peniaga hasil tani / kraf / keluaran tradisional
c) Usahawan-usahawan online (internet)
d) Usahawan dibidang katering / kontraktor / pembekal / pengedar
e) Usahawan pembuatan dan penghasilan produk
f) Kontraktor-kontraktor kecil (binaan / sivil / letrik / paip dll)
g) Usahawan MLM (network marketing)
h) Individu-individu yang terlibat dengan keusahawanan dan perniagaan.


Keahlian adalah terbuka kepada semua bangsa dan agama tertakluk kepada kelulusan pihak PPPS

Sijil PPK1MS

Surat Kelulusan PPK1MS


Kelulusan Pertukaran nama kepada Persatuan Peniaga & Penjaja Sarawak (PPPS)


No comments:

Post a Comment