Organisasi PPPS

Carta Organisasi PPPS (Persatuan Peniaga & Penjaja Sarawak.)

Setakat ini AJK untuk Persatuan Peniaga & Penjaja Sarawak adalah seperti dalam perlembagaan induk.

AHLI-AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN 
PENIAGA & PENJAJA SARAWAK
(PPPS)

Presiden
EN. MOHD ARIFFIN B .ABDULLAH
(Bintulu)

Timbalan Presiden
EN. SAHMINAN B. SIRAT
(Sarikei)

Setiausaha 
DYG SALMAH MONAWATI BT. AWANG SERUJI (Samarahan) 

Penolong Setiausaha
TAMREN SACHIMAN
(Serian)

Bendahari
NORHADZILAH BT LORIN
(Lundu)

Ahli-ahli Jawatankuasa
EN HARDI B. KELI(Sarikei)
EN. MOHAMAD ZEN B. HJ PELI(Kuching)
EN RAMZI BIN SAHDAN(Miri)
EN. HAZLIN BIN ALI HASSAN(Sri Aman)
PN. SIMBA ENTILI(Bintulu)
PN. HJH NORAIZAN BT HJ TAHIR(Kuching)
..............................

Wilayah-wilayah PPPS di bahagian-bahagian di Sarawak diketuai oleh Ketua Wilayah yang dilantik. Unit-unit tertentu adalah di bawah pimpinan Ketua Unit dibawah Wilayah


PPPS adalah sebuah oragnisasi yang tidak bercawangan. Oleh yang demikian, Unit-Unit penyelarasan telah ditubuhkan di setiap Wilayah / bahagian dan kawasan yang mempunyai kepadatan warga penjaja dan peniaga kecil.
Pada umumnya Unit-unit ini ditubuhkan disetiap bahagian di Negeri Sarawak. Unit-unit ini akan ditambah lagi menikut keperluan bagi memudahkan pentadbiran PPPS.



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SERTA PERANAN KETUA-KETUA WILAYAH DAN UNIT

Pengwujudan Unit-Unit disetiap daerah, bahagian dan kawasan-kawasan tertentu adalah sebagai mata dan telinga PPPS pusat untuk sebarang maklum balas dan tindakan yang selanjutnya. 
Unit-unit ini diletakkan dibawah WILAYAH dan segala aktiviti di unit-unit adalah dikawal selia oleh Ketua Wilayah. Antara lain tugas dan tanggungjawab ketua-ketua Unit PPPS yang dilantik ialah :

i) Sebagai ketua dan mewakili warga penjaja dan juga ahli-ahli diperingkat Daerah, Bahagian dan kawasan yang mempunyai kepadatan warga penjaja dan peniaga Kecil.

ii) Merangka serta merancang dan melaksanakan aktiviti  yang memberi faedah kepada ahli-ahli dan warga peniaga serta usahawan di setiap kawasan jajahannya.

iii) Menerima dan mengenalpasti permasalahan yang berkaitan dengan aktiviti harian berkenaan perniagaan, sosial dan komuniti warga penjaja dan peniaga kecil dalam kawasan jajahannya.

iv) Menyalurkan maklumat-maklumat penting berkenaan dengan pembangunan warga penjaja dan peniaga kecil tempatan. Memberi cadangan atas saranan komulatif dari warga penjaja dan peniaga setempat dan disampaikan kepada peringkat induk.

v) Menjalinkan hubungan baik diantara, agensi-agensi Kerajaan, PBT, persatuan-persatuan lain yang mempunyai sama matlamat diperingkat tempatan dalam daerah, bahagian dan kawasan unit-unit tersebut. Ini selaras dengan kaedah memberi bantuan dan menolong warga penjaja dan peniaga kecil.

vi) Mengemaskini data-data dan info warga penajaja dan peniaga kecil serta ahli-ahli dalam kawasan jajahan setiap unit.

vii) Sentiasa berhubung dan bekerjasama serta berkongsi maklumat dengan pihak induk PPPS dalam pelbagai perkara yang berkenaan dengan pembangunan usahawan, penjaja dan peniaga kecil tempatan.

5 comments:

  1. Salam, berapa keahlian PPPS Sarawak setakat 1 April 2020 ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli berdaftar 2,800 (keseluruhan bahagian), ahli aktif 950 orang

      Delete
  2. Macam mana saya nak mohon jd ahli

    ReplyDelete
  3. Terbaik PPPS.jom perkasakan ekonomi PKS demi #SayangiSarawakku!!

    ReplyDelete
  4. Dengan siapa saya boleh berhubung dengan PPPS. Saya mira dari myshop food delivery

    ReplyDelete