Kelebihan menjadi ahli PPPS

Jika anda seorang usahawan atau peniaga, keperluan untuk bersatu dan bersama-sama dalam satu kumpulan adalah penting untuk menggapai matlamat anda.



Antara lain kelebihan menjadi ahli PPPS ialah :

1) Sebagai satu platform untuk berhubung dengan pihak-pihak berkuasa, agensi atau badan-badan yang berkenaan.

2) Kita bersatu, yakni berada dalam satu kumpulan yang mempunyai satu suara yang boleh diberi perhatian oleh mereka yang berkenan.

3) Memperoleh info dan maklumat terkini daripada badan dan agensi berkenaan pembangunan perniagaan.

4) Boleh menyertai pelbagai usaha ke arah memajukan perniagaan seperti kursus, seminar, latihan serta bantuan dan sebagainya




5) Persatuan sentiasa peka dengan berita terkini berkenaan perkara-perkara yang boleh membantu usahawan dan peniaga kecil dan juga ahli-ahli. Ini termasuklah hubungan dengan pihak bank-bank, agensi kerajaan, badan-badan swasta dan sebagainya.

6) Persatuan sentiasa menyokong aktiviti ahli-ahli dan usahawan yang mendatangkan kebaikan kepada semua usahawan.

7) Persatuan membuat cadangan atau apa-apa aktiviti yang mendatangkan kebaikan kepada usahawan dan ahli-ahli.




8) Persatuan sentiasa memberi keutamaan kepada ahli-ahli persatuan dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan kemajuan perniagaan ahli-ahli.

9) Persatuan boleh berusaha menangani apa-apa maksud atau desakan atau rungutan yang berkaitan dengan permasalahan ahli-ahli dengan pihak-pihak berkuasa tempatan, badan dan agensi kerajaan tentang perkara-perkara yang berkenaan dan berkaitan dengan perniagaan.





10) Ahli-ahli boleh sentiasa berhubung dan menjalin perhubungan dengan pihak persatuan untuk apa-apa maksud dan perancangan untuk kebaikan di masa akan datang.

1 comment:

  1. Tuan,no telefon pejabat...tak boleh dihubungi..maklum

    ReplyDelete