Unit-Unit PPPS

Unit-unit PPPS adalah ditubuhkan dengan perlantikan ketua-ketua unit oleh pihak Induk bagi memudahkan pemantauan dan membuat perancangan serta menerima maklum balas dari pihak bawahan. Unit-unit ini ditubuhkan berasaskan keperluan seperti kepadatan warga peniaga dan penjaja di satu-satu bahagian dan kawasan.
Unit-unit ini diletakkan dibawah pentadbiran Wilayah-wilayah.

Berikut adalah antara Wilayah dan Unit-unit yang diwujudkan di setiap daerah dan kawasan.





Setakat ini Unit-unit ini adalah dilantik dan diwujudkan. Unit-unit ini diketuai oleh ketua unit yang bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab untuk hal-ehwal ahli-ahli dan warga penjaja disetiap kawasan. Unit-unit ini menubuhkan Ahli-ahli jawatankuasa yang boleh bekerja sama dan menyumbang untuk PPPS setiap Unit.






TUGAS DAN TANGGUNJAWAB KETUA-KETUA UNIT
Tugas dan tanggunjawab Unit-unit Antara lain setiap unit adalah dikehendaki mengikut peraturan pada senarai dan tanggunjawab seperti berikut : 

1) Setiap unit akan bergerak sendiri atas kapasiti dan kemampuan sendiri dan pihak induk hendaklah dimaklumkan melalui laporan pada setiap 6 bulan. Kemajuan dan Prestasi pembangunan setiap unit adalah tanggunjawab Ketua Unit serta AJK-AJK yang beliau lantik. Perkara ini akan dinilaikan oleh pihak induk PPPS dalam jangkamasa tersebut. 

2) Pihak Unit boleh melantik Ahli Jawatankuasa sendiri daripada mereka-mereka yang difikirkan boleh bekerjasama dan melakukan kerja. Senarai ahli-ahli jawatankuasa TERKINI hendaklah dikemukakan kepada pihak PPPS induk sebagai kemaskini. 

3) Setiap Unit mestilah mengadakan Mesyuarat Kelulusan ahli (setiap satu jangkamasa yang difikirkan sesuai) untuk meluluskan keahlian. Laporan mesyuarat kelulusan akan dikemukakan kepada induk untuk dikemaskinikan. 

4) Pihak PPPS Induk tidak menyediakan sebarang bajet dan peruntukan untuk membangunkan unit-unit. Dana dan peruntukan akan diperolehi oleh pihak unit atas kebijaksanaan Ketua Unit dan AJK sendiri. 

5) Pihak unit boleh juga membuka akaun sendiri di bank-bank tempatan (Jika merasa perlu) atas nama Persatuan PPPS dan juga MESTI dan WAJIB mengemukakan penyata akaun kepada pihak PPPS induk setiap 6 bulan untuk rekod. 

6) Setiap Unit yang diketuai oleh Ketua Unit dan AJK-AJK juga boleh merancang dan melakukan aktiviti-aktiviti ke arah pembangunan warga penjaja dan peniaga seperti kursus, seminar, latihan dan sebagainya. Perkara-perkara ini hendaklah dimaklumkan saja kepada pihak induk sebagai rekod. Perlaksanaan aktiviti ini terserah kepada kebijaksanaan dan kemahiran Ketua Unit dan AJK setiap unit dan Pihak induk hanya memberi nasihat dan panduan. 

7) Setiap Unit dibolehkan menjalankan aktiviti di kawasan lain yang berdekatan samada dengan kerjasama atau secara persefahaman dengan tujuan untuk memajukan warga penjaja dan peniaga dari segi ekonomi, sosial dan kemasyarakatan. 

8) Unit-unit digalakkan menjalin hubungan dengan wakil-wakil rakyat, agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan yang mempunyai sama matlamat dan yang dianggap penting untuk pembangunan unit-unit

No comments:

Post a Comment