Tuesday 24 November 2015

PPK1MS menagadakan kunjungan hormat kepada Majlis Perbandaran Padawan (MPP)

MPP (MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN) MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI 
(PERSATUAN PENJAJA & PENIAGA KECIL 1MALAYSIA SARAWAK (PPK1MS)

KUCHING - 24 Nov 2015 .Cr LO Khere Chiang bagi pihak Majlis Perbandaran Padawan merima kunjungan hormat 
daripada Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak (PPK1MS) di pejabatnya
di Batu 10, Kuching Sarawak. 

Hadir dalam kunjungan tersebut ialah Ahli-ahli Jawatan Kuasa PPK1MS Unit Kota Sentosa yang dianggotai oleh antara lain usahawan dan peniaga kecil sekitar Kota Sentosa, Kawasan Batu Tujuh Kuching.

Kerjasama dan sikap saling memahami diantara (Pihak Berkuasa Tempatan)PBT dan Peniaga & penjaja yang diwakili oleh persatuan adalah amat penting bagi melaksanakan program -program yang telah dirancangkan selari dengan hasrat untuk
membangunkan penjaja & peniaga kepada yang lebih maju kehadapan.


 En Hj Nawawi Menyampaikan cenderahati kepada Cr Ir Lo Khere Chiang, Pengerusi MPP, disaksikan oleh AJK-AJK PPK1MS Kota Sentosa.




Watikah Perlantikan untuk Muhd Saddad Bin Yusuf, sebagai Ketua Unit PPK1MS Kota Sentosa 2015

Cr Lo Khere Chiang turut mengalu-alukan hasrat murni tersebut dan sedia bekerjasama dengan pihak PPK1MS bagi kepentingan usahawan dan peniaga
khasnya di Kota Sentosa.

Hadir bersama ialah Yang Dipertua PPK1MS, En Hj Nawawi@Narawie Bin Hj Ibrahim yang turut sama menyambut baik hasrat kerjasama bagi menangani dan membantu
menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh warga penjaja dan peniaga kecil dengan PBT.

Dalam masa yang sama Cr Lo Khere Chiang, pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, juga menyarankan supaya diperbanyakkan aktiviti bagi membantu penjaja dan peniaga kecil. 
Ini termasuklah menyediakan tapak niaga yang sesuai bersih dan teratur untuk kepentingan, mengadakan sesi majlis dialog, mengadakan kursus dan seminar bagi mendedahkan 
warga penjaja kepada pendekatan yang lebih moden dan startegik.

Pada kunjungan hormat tersebut Cr Lo turut menyaksikan penyampaian watikah perlantikan En Mohd Saddad bin Yusuf sebagai Ketua Unit PPK1MS, Kota Sentosa oleh Yang Dipertua, En Hj Nawawi Ibrahim.