Wednesday, 12 October 2016

Peniaga pasar malam di Kuching Sarawak

Setelah sekian lama, aktiviti penjaja dan peniaga kecil yang melibatkan pasar malam kini dihidupkan kembali.
Konsep Pasar malam yang pertama diwujudkan ialah di perkarangan Dewan Suarah Kuching Sarawak. Sejak penutupan pasar Satok (pasar malam yang beroperasi di hujung minggu), kini telah muncul beberapa tumpuan untuk diwujudkan pasar malam.
Antaranya ialah di persekitaran Pasaraya Giant Samariang, Pasar malam N6 di Metro City dan mungkin akan ditambah lagi selepas ini.
Pihak persataun menyambut baik usaha ini disamping ianya melibatkan ahli-ahli PPK1MS yang turut sama berniaga di lokasi-lokasi yang berkenaan.


Tinjauan pihak PPK1MS di Pasara malam sekitar Pasaraya Giant, Samariang




Antara pengusaha pasar malam yang aktif dikalangan ahli-ahli PPK1MS


Walau apapun, sikap yang positif dan disiplin mestilah diutamakan. Ini melibatkan kebersihan, kerjasama dan sokongan kepada PBT-PBT bagi kelansungan yang lancar

Dalam masa terdekat pihak PPK1MS berusaha untuk mempertingkatkan lagi aktiviti dan imej warga penjaja dan peniaga dijkalangan ahli-ahli. 
Pihak PPK1MS juga mengajukan cadangan-cadngan kepada pihak kementerian untuk tujuan tersebut. Antara lain ialah perniagaan bergerak menggunakan kenderaan (Food Truck, Van Pakaian, Kenderaan buku dan sebagainya)
Urusan permit, perlesenan masih dalam perbincangan dengan pihak-pihak tertentu.

Contoh-contoh trak-trak untuk penjaja & peniaga.

Trak untuk burger

Food truck

Kedai buku bergerak

Kedai runcit bergerak

Usaha-usaha ini adalah untuk menaik tarafkan imej warga penjaja dan peniaga kecil di Kuching sarawak disamping membuka peluang untuk meraih pendapatan yang menarik.


Sunday, 9 October 2016

Bengkel kemahiran diri - Kearah pembentukan usahawan

Satu bengkel kemahiran diri - Asas cetakan T shirt telah diadakan di Pusat Belia Dan Sukan , Kuching Sarawak.
Bengkel ini adalah dengan kerjasama pihak Jabatan Residen  Kuching Sarawak, Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal Sarawak


Peserta bengkel yang bakl dibentuk menjadi usahawan cetakan

Penyertaan adalah daripada ahli-ahli persatuan PPK1MS, 
NGO-NGO tempatan. 
Perasmian bengkel tersebut telah dilakukan oleh Cik Amelia, Timbalan Residen Kuching dan Tn Hj Nawawi Ibrahim, presiden PPK1MS.

Bengkel ini akan diadakan di kawasan-kawasan luar Kuching dan sekitar bandaraya.




Tuesday, 13 September 2016

Perlantikan sebagai panel Bank Rakyat

Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil 1 Malaysia (PPK1MS) telah dilantik menjadi panel untuk memudahkan proses pinjaman ahli-ahli untuk pembiayaan modal dan kewangan.


Perlantikan ini juga akan menjadi rujukan kepada pihak bank berkenaan status peminjam. Pihak persatuan boleh mencadangkan dan menyokong permohonan pinjman daripada ahli. Kelulusan adalah daripada pertimbangan pihak bank.

Encik Yusof menyampaikan dokumen kepada Hj Nawawi sambil diperhatiakan oleh AJK-AJK Persatuan, En Zen, Sahminan, Dr Thomas Sayfiq Abdullah



Satu memorandum telah ditandatangani diantara PPK1MS dan Bank Rakyat untuk tujuan tersebut.

Ahli-ahli persatuan akan mendapat sokongan daripada PPK1MS bagi tujuan memohon bantuan pembiayaan kepada mereka yang memerlukan.

Monday, 12 September 2016

Tutorial dan Bengkel Kemahiran untuk seni Khat

Pihak Persatuan PPK1MS akan mengadakan program kemahian pada setiap hari Rabu sepanjang Bulan Oktober 2016.

Toturial tersebut akan diadakan di PPK1MS , Wisma Pheonix, Jalan Song Thian Cheok Kuching Sarawak

Pesertakan diajar langkah-langkah menggunakan komputer untuk menghasilkan seni khat samada untuk hobi atau kemahiran diri. Ia juga boleh dijadikan aktiviti perniagaan.


Promosi untu mereka yang berminat

Hasil kerja selepas cetakan dan sedia untuk bingkai


Untuk hiasan dinding rumah, pejabat dan juga masjid atau surau


Pengolahan menggunakan komputer

Peserta kan diajar teknik-teknik dan trick untuk menghasilakn hasilkerja yang berkualaiti
Yuran RM70 dikenakan untuk toturial sehari
Peserta hanya perlu menyediakan laptop dan pendrive untuk perisian.
Program ini dikendalikan oleh pihak yang penuh pengalaman dan kemahiran 

Program Bengkel kemahiran diri -Cetakan Tshirt

Pada 03 Sept 2016, pihak Persatuan telah mengadakan Bengkel Kemahiran diri dengan kerjasama MPUB (Majlis Pembangunan Usahawan Bahagian) dan UPUIH (Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal)
Program diadakan di Pusat Latihan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Jalan Keretapi Kuching.








Dalam bengkel tersebut, peserta dianjurkan supaya mempraktikkan kemahiran untuk menjana pendapatan. 
Turut hadir dalam penyampaian sijil ialah Timbalan Residen Bahgian Kuching Cik Amielia, Lydia dari UPUIH dan Hj Nawawi dari PPK1MS.