Tuesday 13 September 2016

Perlantikan sebagai panel Bank Rakyat

Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil 1 Malaysia (PPK1MS) telah dilantik menjadi panel untuk memudahkan proses pinjaman ahli-ahli untuk pembiayaan modal dan kewangan.


Perlantikan ini juga akan menjadi rujukan kepada pihak bank berkenaan status peminjam. Pihak persatuan boleh mencadangkan dan menyokong permohonan pinjman daripada ahli. Kelulusan adalah daripada pertimbangan pihak bank.

Encik Yusof menyampaikan dokumen kepada Hj Nawawi sambil diperhatiakan oleh AJK-AJK Persatuan, En Zen, Sahminan, Dr Thomas Sayfiq Abdullah



Satu memorandum telah ditandatangani diantara PPK1MS dan Bank Rakyat untuk tujuan tersebut.

Ahli-ahli persatuan akan mendapat sokongan daripada PPK1MS bagi tujuan memohon bantuan pembiayaan kepada mereka yang memerlukan.

Monday 12 September 2016

Tutorial dan Bengkel Kemahiran untuk seni Khat

Pihak Persatuan PPK1MS akan mengadakan program kemahian pada setiap hari Rabu sepanjang Bulan Oktober 2016.

Toturial tersebut akan diadakan di PPK1MS , Wisma Pheonix, Jalan Song Thian Cheok Kuching Sarawak

Pesertakan diajar langkah-langkah menggunakan komputer untuk menghasilkan seni khat samada untuk hobi atau kemahiran diri. Ia juga boleh dijadikan aktiviti perniagaan.


Promosi untu mereka yang berminat

Hasil kerja selepas cetakan dan sedia untuk bingkai


Untuk hiasan dinding rumah, pejabat dan juga masjid atau surau


Pengolahan menggunakan komputer

Peserta kan diajar teknik-teknik dan trick untuk menghasilakn hasilkerja yang berkualaiti
Yuran RM70 dikenakan untuk toturial sehari
Peserta hanya perlu menyediakan laptop dan pendrive untuk perisian.
Program ini dikendalikan oleh pihak yang penuh pengalaman dan kemahiran 

Program Bengkel kemahiran diri -Cetakan Tshirt

Pada 03 Sept 2016, pihak Persatuan telah mengadakan Bengkel Kemahiran diri dengan kerjasama MPUB (Majlis Pembangunan Usahawan Bahagian) dan UPUIH (Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal)
Program diadakan di Pusat Latihan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Jalan Keretapi Kuching.








Dalam bengkel tersebut, peserta dianjurkan supaya mempraktikkan kemahiran untuk menjana pendapatan. 
Turut hadir dalam penyampaian sijil ialah Timbalan Residen Bahgian Kuching Cik Amielia, Lydia dari UPUIH dan Hj Nawawi dari PPK1MS.