Wednesday 29 November 2017

Mesyuarat M3PK (Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kebangsaan)

Mesyuarat M3PK (Kebangsaan) telah diadakan di Ipoh Perak pada 25 November 2017.
Meyuarat tersebut membentangkan usul dan perancangan serta program Kerajaan terhadap kemajuan dan perkembangan penjaja dan peniaga peringkat Keabangsaan

Antara mereka yang hadir ialah wakil-wakil penajaj dan peniaga dari seluruh Malaysia.
Sarawak diwakili oleh Tn Hj Nawawi Bin Ibrahim daripada PPK1MS (Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak)

Persiapan untuk mesyuarat

Mesyuarat M3PK dipengerusikan oleh Dato' Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)., 
Antara lain pemerhati yang dijemput ialah daripada agensi-agensi Kerajaan seperti MARA, AIM, TEKUN, MOF, KASTAM, KESIHATAN, IMIGRESEN dan NGO-NGO.

Bersama Dato Stanley Tan, Pengarah KPDNKK Sarawak dan YDP PPK1MS, Hj Nawawi Ibrahim.



Mesyuarat berjalan lancar dengan pembentangan daripada agensi-agensi yang terlibat. Pembantangan TN50, Hala tuju Penjaja dan peniaga dan penyampaian usul serta cadangan daripada negeri-negeri.


Pembentangan usul daripada ahli-ahli mesyuarat.

 Bersama Encik Ismail daripada AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia)

Mesyuarat tersebut berakhir pada jam 12 tengahari disambung dengan Majlis Pelancaran Jualan Mega dan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil di Meru, Ipoh Perak.


Ucapan aluan daripada YB Dato' Seri Hamzah Zainuddin di Majlis Perasmian Karnival Jualan Mega pada 25 Nov 2017 di Ipoh Perak.



Majlis perasmian telah dilakukan oleh YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Saturday 18 November 2017

Sepanjang Kursus Pemantapan Usahawan 2017

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam seminar tersebut.




 Perbincangan diantara peserta dengan Yang Dipertua. Antara lain berbincang tentang hala tuju warga usahawan.

Peserta -peserta dikalangan ahli-ahli  PPK1MS dan agensi Kebajikan Masyarakat serta individu-invidu yang berminat dan bersemangat menceburi bidang keusahawanan.



Rehat sebentar



Penyerahan sijil kepada peserta

Friday 17 November 2017

Kursus / Bengkel Keusahawanan - Pemantapan Penjaja & Peniaga Kecil (KPDNKK)

Kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil diadakan di Hotel 56, Kuching. Dianjurkan oleh pihak KPDNKK dengan kerjasama Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil 1Malaysia (PPK1MS).


Antara lain modul yang diketengahkan ialah 
- Kebersihan diri / Ruang Perniagaan
- Penampilan diri
- Window Dressing
- Penentuan Harga


Encik Zainal Abidin Bin Zainuddin menekankan kepentingan jati diri dalam perniagaan.

Kehadiran peserta di kalangan ahli-ahli persatuan dan juga warga penjaja dan peniaga kecil di kawasan Kuching.


Kursus tersebut dijangka akan diadakan lagi di seluruh Sarawak dengan kerjasama persatuan.



Kursus ini diadakan sehari sebagai mukadimah untuk para usahawan yang akan dibangunkan.