Tuesday 12 December 2017

KURSUS MEMBUAT DAN MEMPROSES KEROPOK LEKOR BINTULU 2017

Kursus membuat dan memproses kropok lekor di Bintulu adalah program kerjsama diantara PPK1MS dan Persatuan Usahawan Kecil Bumiputera Bintulu (PUKB)

Program tersebut dijalankan selama 2 hari iaitu 11 hingga 12 Disember 2017
Tenaga pengajar adalah didatangkan khas dari Terengganu melalui GAPEMA (Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia). 
En Hj Norhisham Iskandar dan rakan-rakan telah berkampung di Kpg Jepak Bintulu Sarawak bagi memberi tunjuk ajar dan ilmu kepada peserta.


Peserta yang mengambil bahagian adalah dari sekitar Bintulu dan usahawan-usahawan tempatan didedahkan dengan peluang dan ilmu dalam menghasilkan keropok lekor

Langkah demi langkah diajarkan kepada peserta. Tip-tip perniagaan diberikan. 

 Antara aktiviti pemprosesan yang diketengahkan kepada peserta

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam kursus tersebut.


Usahawan-usahawan tempatan Bintulu penuh komited dalam proses pembelajaran.

Penggunaan dewan terbuka adalah amat sesuai untuk proses pembelajaran ini kerana ianya melibatkan pengeluaran asap dan bahang panas dapur yang digunakan.

Setiap peserta diberi peluang untuk melakukan sendiri secara praktikal dan amali dalam proses tersebut. Ini akan memberi keyakinan kepada mereka.


Majlis penutupan program tersebut dialksanakan oleh TR Banyang anak Datok yang mewakili Ahli Parlimen P.217 Bintulu, Dato' Sri Tiong King Sing.

Setiap peserta dan hadirin dijamu dengan hasil kerja keropok lekor oleh peserta. Antara lain pembelajaran ialah cara-cara menghasilkan Keropok Lekor dan juga Keropok Kering Terengganu serta proses membuat sos keropok.
Tip-tip pembelajaran diberikan semasa proses membuat, langkah demi langkah. Peserta yang terdiri daripada usahawan-usahawan tempatan gigih menimba ilmu dari oarang yang berpengalaman.

 TR Banyang anak Datok mewakili ahli parlimen P217 Bintulu - Perasmian kursus.


Penyampaian sijil kepada setiap peserta oleh tetamu kehormat mewakili pemimpin tempatan.

Pihak persatuan berharap semoga ilmu yang diperolehi akan digunakan dan dipraktikkan untuk menjana ekonomi rumah tangga dan dalam masa yang sama boleh diabngunkan ke peringkat usahawan.

Peserta-peserta juga digallakan menyertai persatuan-persatuan perniagaan bagi membolehkan mereka mendapat bantuan serta sokongan daripada agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan.

Pihak persatuan juga bercadang agar dapat melaksanakan program-program teknikal seperti ini dimasa akan datang dan juga di tempat-tempat anda.