Tuesday, 3 April 2018

Mesyuarat Penyelarasan Mewujudkan Pusat Penjaja Kota Sentosa

Satu mesyuarat bersama YB, Ketua Masyarakat dan Pegawai Kerajaan telah diadakan bersama Persatuan dan MPP di Bangunan Bapa Malaysia pada 02 April 2018


Antara lain mseyuarat membincangkan perlaksanaan Pusat Peniaga dan Penjaja di Kota Sentosa Kpg Hj Baki Kuching Sarawak. Pusat penjaja tersebut nanti akan menempatkan usahawan dan peniaga makanan untuk beroperasi 24 jam.

 Adalah diharapkan agar pusat Penjaja dan Peniaga itu nanti akan menjadi satu mercutanda untuk awasan Batu 7, Kota Sentosa. Pelbagai juadah dan makanan akan dijual di tempat tersebut nanti.


Pusat penjaja tersebut akan diuruskan bersama JKK dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak.Ini memberi peluang kepada peniaga tempatan yang ingin menjalankan perniagaan berasaskan makanan dan kuih muih. Perancangan ini telah dilakukan pada tahun 2016 dan kini dalam proses perlaksanaan.
Satu lagi sumbangan PPK1MS kepada warga Penjaja dan Peniaga Kecil di Sarawak yang menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi setempat.