Saturday, 30 March 2019

Program Smart Heritage Agenda DBKU memberi peluang keusahawan

25 hingga 31 Mac 2019, DBKU menganjurkan program AGENDA di Tebingan Kuching, Sarawak.
Antara lain program diisi dengan pelbagai aktiviti, pameran, hiburan dan tidak kurang juga aktiviti perniagaan.

Khemah-khemah didirikan untuk kemudahan para peniaga dan penjaja serta usahawan untuk menjalankan aktiviti.




Penglibatan para usahawan, peniaga memeriahkan lagi program tersebut disamping persembahan hiburan, pameran agensi-agensi kerajaan tempatan.





Antara usahawan yang mengambil bahagian dalam program tersebut.


Persembahan daripada Busker tempatan.



Penghibur dari pelbagai genre dan kumpulan music serta penyanyi tempatan juga turut memeriahkan program tersebut.

Friday, 22 March 2019

Mesyuarat bersama MPUB (Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera)

Satu mesyuarat telah diadakan bersama Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera (MPUB) yang dipengerusikan oleh En Tuan, Timbalan Residen Bahagian Kuching. Mesyuarat telah diadakan pada 22hb Mac 2019, di Tingkat 7, Pejabat Residen Kuching.



Antara mereka yang hadir ialah ketua ketua jabatan dari Agensi Kerajaan dan PBT. Membincangkan hala tuju pembangunan usahawan di bahagian Kuching khasnya.
Antaranya SKM, FAMA, SEDC, MBKS, MPP, persatuan dan koperasi-koperasi, Pegawai dari Pejabat Daerah serta bahagian.



Foto bersama pengerusi MPUB Bahagian Kuching.

Pembentangan juga telah dibuat oleh pihak FAMA dan SKM berkenaan program program yang dilaksanakan untuk usahawan dan peniaga.

Wednesday, 13 March 2019

Bengkel penggunaan portal online Agrobazaar diadakan di pejabat FAMA Sarawak di Kuching pada 14 Mac 2019.
Antara lain peserta yang hadir adalah dikalangan peniaga kecil kecilan di sekitar Kuching. Pengunaan Portal atau apps AgroBazaar ini akan memudahkan usahawan untuk memasarkan produk-produk mereka kepada pelanggan diseluruh pelusuk yang mempunyai akses internet.
Bengkel 'New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) @ Agrobazaar Online. 
Bengkel ini diadakan secara praktikal agar semua yang hadir dapat memahami dan meneroka sendiri selanjutnya dalam pemasaran secara online.
Tip tip perniagaan juga diberikan oleh pengendali bengkel.



Peserta yang diluluskan akan menyertai program Dropship bersama pelajar-pelajar Universiti untuk membuat jualan 


Antara peserta yang menyertai Program tersebut.


Peserta-peserta yang telah diaktifkan sebagai VIP akan hadir di UITM untuk lanjutan program seterusnya. Program tersebut akan melibatkan pelajar-pelajar sebagai 'dropshipper' untuk produk-produk yang dipasarakan secara online melalui Applikasi AGROBAZAAR

Monday, 4 March 2019

KURSUS TEKNIKAL KEMAHIRAN DIRI - SILKSCREEN PRINTING

Satu bengkel kemahiran diri berkenaan Cetakan Silkscreen telah diadakan di Bintulu pada 23hb Feb 2019 di Hotel Li Hua Bintulu.
Seramai 30 peserta telah mengambil bahagian dalam bengkel tersebut. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Presiden, En Mohd Ariffin Bin Abdullah.




 Hadir untuk bengkel tersebut adalah usahawan dari Unit-unit PPPS yang gigih menimba ilmu.


Tuan Presiden, YBhg En Mohd Ariffin Abdullah menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seoarang peserta.

 Bengkel / kursus ini adalah siri teknikal. Kaedah praktikal mencetak dan penyediaan blok cetakan.
Peserta melakukan sendiri cetakan.


Penerangan daripada pihak Persatuan tentang potensi aktiviti cetakan ini yang boleh dijadikan satu perniagaan.


 Penyampaian sijil kepada peserta-peserta bengkel







Antara lain hasil kerja cetakan yang bermula dari rumah atau lebih dikenali dengan 'Backyard Industry"

Kursus modul 2 akan diadakan untuk mengajar peserta bagaimana memulakan studio cetakan sendiri dan mendalami lagi kaedah cetakan 'silkscreen'.