Bazaar Ramdahan Kota Sentosa diadakan di Dataran Batu 7, Kota Sentosa. Dijangka 80-90 peserta bazaar mengambil bahagian. Pihak Persatuan sedaya upaya berlaku adil kepada pemohon / peniaga agar dapat menjana rezeki di bazaar tersebut.
Terbuka kepada ahli-ahli persatuan, mereka yang lama dan juga mereka yang baru berniaga. Borang adalah terhad dan tertakluk kepada siapa yang dulu dan bertindak segera.
Edaran borang telah diadakan pada 6 April 2019 di Pejabat Persatuan.
Terdapat ahli-ahli dan peniaga muka-muka lama dan tidak kurang ada juga muka baru yang mengambil bahagian.
Undian tapak pada tengahari jam 3:00ptg di tapak bazaar pada Isnin 22 April 2019.
Suasana ketika permohonan tapak Bazaar pada 6 April 2019.
Peserta dan pemohon menyediakan sijil pengendalian Makanan, Dokumen Suntikan Anti-Typhoid, Borang dan sejumlah bayaran untuk temapahan terus.
Kepada mereka yang tidak berkesemapatan adalah digalakkan untuk memohon di tapak bazaar anjuran pihak yang berdekatan agar dapat peluang berniaga pada bulan ramadhan 2019.