Ahli Majlis yang dilantik adalah dari setiap bahagian dan daerah di negeri Sarawak. Mereka juga teridiri dari pelbagai NGO yang berkenaan dengan penjaja dan peniaga kecil.
Majlis ini dipengerusikan oleh exco Negeri Sarawak, YB Naroden Majais dari Kemnetrian Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
Antara Ahli-ahli Majlis Perunding yang menghadiri Mesyuarat.
Majlis ini juga dianggotai oleh agensi-agensi dan jabatan kerajaan serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diwakili oleh pegawai dan ketua jabatan.
Mesyuarat yang menyuarakan permasalahan peniaga dan penjaja
Antara lain perkara yang diperbincangkan ialah berkenaan polisi, perlesenan, masalah permit, bantuan niaga, geran, latihan serta kursus, bentuk bentuk perancangan dan segala usaha bagi meningkatkan lagi mutu kepenjajaan diperingkat atasan.
Perbincangan dengan ketua-ketua agensi dan juga anggota dan ahli majlis.
Majlis Perunding juga bertindak sebagai mata dan telinga bagi mendengar rintihan dan rungutan warga peniaga dan penjaja yang perlu diberi perhatian dan tindakan penyelesaian.
Antara NGO-NGO yang hadir dalam mesyuarat tersebut ialah dari Persatuan Peniaga dan Penjaja Sarawak, Persatuan Usahawan Bumiputera Bergerak, Chinese Chamber, Persatuan-persatuan yang berkenaan dengan peniaga kecil yang dijemput.