Saturday, 21 September 2019

Aktiviti cetakan mempunyai potensi di Sarawak.

Cetakan berasaskan silkscreen adalah satu aktiviti yang menguntungkan. Dengan menguasai kemahiran ini, cetakan boleh dilakukannke atas tshirt, kain, beg, bendera, topi, cenderamata dan sebagainya.


Untuk menguasai kemahiran ini, seseorang individu mestilah belajar bagaimana kaedah ini dilakukan.
Beberapa siri kursus dan bengkel diadakan untuk tujuan ini dianjurkan pihak persatuan.


Antara latihan dan bengkel yang dilakukan dengan pelbagai kumpulan komuniti.


Pelbagai keluaran boleh diketengahkan dengan kaedah ini.

Aktiviti cetakan ini boleh dilakukan dikawasan rumah, anjung rumah, belakang rumah dan tidak memerlukan modal yang tinggi. Peralatan  dan keperluan boleh didapati dengan mudah.
Aktiviti cetakan adalah berasaskan made to order, dengaan itu, modal pusingan akan berlaku hanya bila mendapat tempahan.
Margin cetakan ini adalah melebihi 100% daripada modal dan bergantung kepada  jumlah pesanan.


Pasaran untuk perniagaan ini adalah luas, berasaskan kemahiran dan kurang diceburi oleh ahli ahli persatuan di Sarawak.
Oleh yang demikian, usahawan cetak perlu diwujudkan dan bermula dari memperolehi ilmu dan.kemahiran dalam bidang berkenaan.

Pihak persatuan mengadakan bengkel ini secara berterusan dan kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi 01115059852 Shim di biro latihan dan pembagunan usahawan PPPS.