Sunday 20 October 2019

Sambutan Hari Penjaja & Peniaga Kecil negeri Sarawak 2019

Sambutan hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Negeri Sarawak 2019 diraikan bersama program Beli Barangan Malaysia yang berlansung pada 18, 19 dan 20hb Oktober 2019.
 
Sebanyak 77 gerai pameran dan jualan telah diperuntukkan kepada usahawan dan juga agensi serta pertubuhan.

Penglibatan food truck juga memeriahkan lagi suasana jualan makanan dan minuman dalam prgram tersebut.

Antara lain, pelbagai hadiah ditawarkan kepada pengunjung dan pelbagai aktiviti diadakan untuk penglibatan warga Kuching pada hari hari tersebut.




Antara pengisian program pada hari tersebut.

Pengisian Program - pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.


 Yang Berhormat Chong Chieng Jen sedang merasmikan pelancaran Hari Karnival Kempen Beli Barangan Malaysia dan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Negeri Sarawak 2019

Pada malam terakhir dan penutupan, pelbagai hadiah telah disampaikan kepada segala aktiviti pada program 3 hari tersebut.

 Hadiah kepada psesrta finalis pertandingan karaoke

 Pengunjung bertuah mendapat hadiah kereta bernilai RM38,000. Syabas!
Program berjalan lancar dan meriah sepanjang perlaksanaan.