Friday, 12 January 2018

PPK1MS Unit Miri

Terlebih dahulu kami ucapkan tahniah kepada PPK1MS Unit Miri.


Pengwujudan Persatuan Penjaja dan Peniaga kecil 1Malaysia Sarawak (PPK1MS) Unit Miri adalah satu usaha yang murni dan innovatif sebagai landasan kepada warga penjaja dan peniaga serta usahawan ke arah mencapai matlamat perniagaan.

PPK1MS akan mengiorak langkah dan mengambil segala kelebihan dan peluang yang ditawarkan oleh pihak kerajaan untuk memajukan para peniaga dan usahawan.




 Antar barisan AJK yang menjadi teraju PPK1MS Miri (2018)

Adalah diharapkan pihak PPK1MS Unit Miri akan peka kepada segala peluang serta kemudahan yang diwar-warkan oleh pihak yang berkenaan dengan pembangunan usahawan di Sarawak

Kebijaksanaan dan usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil dan akan mewujudkan satu komuniti usahawan dan peniaga yang berdaya maju.

 Miri Sarawak adalah satu hamparan peluang kepada warga penjaja dan peniaga.


Sekali lagi kami mengucapkan Tahniah dan PPK1MS Pusat sentiasa memberi sokongan dan kerjasama sebaik mungkin. 

Semoga 2018 merupakan tahun yang membawa kejayaan.

No comments:

Post a Comment