Tuesday 27 February 2018

Bengkel / kursus teknikal PPK1MS

Pihak PPK1MS mengambil inisiatif untuk memberi kemahiran teknikal kepada warga penjaja dan peniaga kecil sebagai aktiviti yang boleh menambah pendapatan dan memudahkan kerja-kerja sambil menjimatakan kos kos yang berkenaan.

BENGKEL ASAS PHOTOSHOP
Kemahiran mengendalikan perisian photoshop adalah penting masa ini. Ini termasuklah untuk penghasilan banner, poster, fliers, logo, gambar, hasil seni dan sebagainya.
Satu bengkel sehari akan diadakan kepada mereka yang berminat untuk tujuan ini. Terbuka kepada mana-mana individu yang sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran mengendalikan komputer dan mempunyai minat yang tinggi dan kreatif.

Bengkel akan diadakan seperti tarikh berikut : 
- bermula jam 9:00 pagi hingga 5:30 petang.
- Makan minum disediakan
- Peserta dinasihatkan membawa komputer (laptop) sendiri
- Perisian disediakan.

Selepas menghadiri bengkel ini, peserta akan boleh mengolah gambar, imej, grafik untuk kegunaan pelbagai media.
Mereka juga boleh memberi perkhidmatan untuk mencipta, mereka dan membuat alat promosi seperti banner, poster, fliers, rekabentuk, lukisan dan sebagainya.
Tip-tip dan kaedah mudah akan diberikan bagi memberi kefahaman yang maksiam kepada peserta.

Yuran dikenakan RM80, boleh dibayar dipejabat PPK1MS, Kuching Sarawak. Tel:  251757 (SHAM)

BENGKEL MEMBUAT BLOG

Kemahiran membuat blog juga merupakan satu keperluan di era digital ini. Pihak PPK1MS juga mengadakan bengkel membuat blog kepada peserta dikalangan ahli dan warga penjaja yang berminat.
Blog-blog ini, dari perspektif perniagaan, boleh digunakan sebagai 'Landing Page' apabila membuat promosi di internet atau media sosial.

Kursus dan bengkel membuat blog ini akan diadakan pada bulan Mei dan sepanjang bulan Ramadan 2018.

Yuran RM80 dikenakan. Wifi disediakan.


Peserta akan di ajar langkah demi langkah untuk menghasilakan blog-blog untuk tujuan perniagaan dan sebagainya.

Dalam pada itu, tip-tip akan diberikan untuk menghubungkan blog anda kepada telefon pintar anda. Membuat borang pesanan digital, membuat promosi di media sosial, internet dan sebagainya.


 Peserta yang berminat bolehlah menghubungi pejabat PPK1MS untuk tujuan ini.
Keperluan perniagaan yang menggunakan internet sebagai media penghubung memerlukan blog atau laman web untuk memperagakan produk-produk dan perkhidmatan mereka.

Sunday 11 February 2018

Skim Kawalan harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2018

Persatuan penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia mengambil peluang untuk bersama Timbalan Menteri YB Datuk Sum Agung dalam pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2018 di Pasaraya Giant Tabuan Jaya Kuching Sarawak pada 12 hb Feb 2018.


Tn Presiden bersama YB Timbalan Menteri, turut kelihatan YB Datuk Hj Naroden Majais dan Dato' Stanley Tan, ketua Pengarah KPDNKK Sarawak.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri.


 Di perkarangan pasaraya Giant Tabuan Jaya untuk Majlis Perasmian. 12 Feb 2018

 Foto bersama kenamaan daripada KPDNKK, MBKS, GIANT dan YB Menteri 

Bersama Timbalan datuk Bandar MBKS, Hj Helmi Bin Othman.

Wednesday 7 February 2018

Taklimat Pemilikan Trak Pelbagai guna GAPEMA dan PPK1MS 2018

Satu siri taklimat berkenaan pemilikan dan pembiayaan trak pelbagai guna telah diadakan di Sarawak khasnya di Bintulu dan       di Kuching pada 05-06 Febuari 2018.
Di Bintulu, ianya diadakan di Tapak Karnival Usahawan , Commerce Square Bintulu Sarawak.



Taklimat di Kuching diadakan di UTC Sarawak, Jalan Padungan Kuching, Sarawak.
Turut hadir ialah Pihak GAPEMA Selangor, Pihak pembekal dari MCG, pihak Agrobank untuk pembiayaan kewangan.

Program ini didatangkan khas untuk usahawan di Sarawak oleh GAPEMA Selangor (Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia) dengan kerjasama PPK1MS (Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak) dan juga dari PUKB (Persatuan Usahawan Kecil Bumiputera Bintulu)



Taklimat di adakan di Bintulu dan Di Kuching pada 5-6 Febuari 2018.

Antara contoh-contoh cadangan rekabentuk untuk trak yang diketengahkan.

Taklimat tersebut adalah berkenaan skim pembiayaan dan pemilikan kepada usahawan dari kalangan ahli-ahli PPK1MS. Antara lain syarat-syarat kelayakan untuk pemilikan  trak tersebut ialah :
Mesti menjadi ahli PPK1MS atau GAPEMA
Rakyat Malaysia
Berumur 18 Tahun Ke atas
Mempunyai perniagaan berlesen (syarikat atau indvidu)
Telah menjalankan pernigaan atau ingin memulakan perniagaan.

Dokumen yang diperlukan ialah:
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Lesen / permit perniagaan
Salinan Penyata Bank (6 Bulan)
Gambar lokasi / tapak perniagaan yang akan dijalankan.



 Peserta dari kalangan ahli-ahli PPK1MS dan individu yang dijemput.


Pserta dari kalangan ahli-ahli PPK1MS

Pembiayaan pemilikan trak pelbagai guna termasuk 'Foodtruck' untuk perniagaan berasaskan makan dan minum. Pembiayaan terbaik daripada rakan PPK1MS dari Agrobank 
Mengenakan faedah pembiayaan paling rendah dengan bantuan Geran Kementerian Asas Tani.
Ini semua merangkumi pembiayaan trak dan aksesori atau juga untuk suntikan modal permualaan dan modal pusingan.

Antara AJK Penganjur daripada PPK1MS dan GAPEMA Selangaor serta pihak MCG

 Peserta sedang khusuk mendengar taklimat daripada pihak GAPEMA Selangor, Encik Saufie Amir


 Sekitar pendaftaran peserta dipintu masuk majlis taklimat.

 En Cik Zain Hj Peli mewakili PPK1MS menyerahkan Cenderahati kepada pihak MCG, Encik Steven Goh disaksikan oleh para peserta taklimat.


Taklimat pemilikan ini juga diadakan di Bintulu Sarawak pada hari sebelumnya kepada usahawan-usahawan Bintulu. Pihak PPK1MS memberi kuota pemilikan sebanyak 10 unit trak untuk Bintulu sebagai permulaan.
Turut hadir di majjlis tersebut ialah pihak BDA (Bintulu Development Authority) yakni pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kawasan Bintulu.

 Antara peserta yang mengambil bahagian di Bintulu Sarawak

 Taklimat diadakan di tempat terbuka di perkarangan tapak Karnival Usahawan, Commerce Square Bintulu Sarawak



Pihak GAPEMA Selangor memberi penerangan berkenaan skim pemilikan trak di Bintulu

Program taklimat  ini adalah merupakan satu usaha untuk mentransformasikan para usahawan kepada keadaan yang teratur, bersih dan mudah urus kepada perniagaan mereka.
Trak yang diketengahkan adalah tidak terhad kepada 'Foodtruck' sahaja dan ianya terbuka kepada pelbagai perniagaan lain yang boleh dijalankan dengan trak atau kenderaan bergerak. Ini termasuklah jualan pakaian, jualan produk asas tani, jualan atau perkhidmatan dan sebagainya.

Program ini akan dijalankan secara berterusan pada masa-masa akan datang mengikut permintaan ahli-ahli PPK1MS dan usahawan-usahawan.