Tuesday, 27 February 2018

Bengkel / kursus teknikal PPK1MS

Pihak PPK1MS mengambil inisiatif untuk memberi kemahiran teknikal kepada warga penjaja dan peniaga kecil sebagai aktiviti yang boleh menambah pendapatan dan memudahkan kerja-kerja sambil menjimatakan kos kos yang berkenaan.

BENGKEL ASAS PHOTOSHOP
Kemahiran mengendalikan perisian photoshop adalah penting masa ini. Ini termasuklah untuk penghasilan banner, poster, fliers, logo, gambar, hasil seni dan sebagainya.
Satu bengkel sehari akan diadakan kepada mereka yang berminat untuk tujuan ini. Terbuka kepada mana-mana individu yang sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran mengendalikan komputer dan mempunyai minat yang tinggi dan kreatif.

Bengkel akan diadakan seperti tarikh berikut : 
- bermula jam 9:00 pagi hingga 5:30 petang.
- Makan minum disediakan
- Peserta dinasihatkan membawa komputer (laptop) sendiri
- Perisian disediakan.

Selepas menghadiri bengkel ini, peserta akan boleh mengolah gambar, imej, grafik untuk kegunaan pelbagai media.
Mereka juga boleh memberi perkhidmatan untuk mencipta, mereka dan membuat alat promosi seperti banner, poster, fliers, rekabentuk, lukisan dan sebagainya.
Tip-tip dan kaedah mudah akan diberikan bagi memberi kefahaman yang maksiam kepada peserta.

Yuran dikenakan RM80, boleh dibayar dipejabat PPK1MS, Kuching Sarawak. Tel:  251757 (SHAM)

BENGKEL MEMBUAT BLOG

Kemahiran membuat blog juga merupakan satu keperluan di era digital ini. Pihak PPK1MS juga mengadakan bengkel membuat blog kepada peserta dikalangan ahli dan warga penjaja yang berminat.
Blog-blog ini, dari perspektif perniagaan, boleh digunakan sebagai 'Landing Page' apabila membuat promosi di internet atau media sosial.

Kursus dan bengkel membuat blog ini akan diadakan pada bulan Mei dan sepanjang bulan Ramadan 2018.

Yuran RM80 dikenakan. Wifi disediakan.


Peserta akan di ajar langkah demi langkah untuk menghasilakan blog-blog untuk tujuan perniagaan dan sebagainya.

Dalam pada itu, tip-tip akan diberikan untuk menghubungkan blog anda kepada telefon pintar anda. Membuat borang pesanan digital, membuat promosi di media sosial, internet dan sebagainya.


 Peserta yang berminat bolehlah menghubungi pejabat PPK1MS untuk tujuan ini.
Keperluan perniagaan yang menggunakan internet sebagai media penghubung memerlukan blog atau laman web untuk memperagakan produk-produk dan perkhidmatan mereka.

No comments:

Post a Comment