Monday 26 November 2018

Program MEHCT & I.R. 4.0 Di Kuching Sarawak

Program Zon Sarawak anjuran KPDNHEP dan PNS berlansung di Hotel Grand Continential, Kuching Sarawak. Berlansung pada 24 hingga 26 November 2018.





DR MAZLAN adalah anatara penceramah untuk memberi ilmu dan pengentahuan kepada semua peserta



Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) dirungkaikan bersama oleh Ahmad Azhar. Kesedaran revolusi industri 4.0 adalah amat penting untuk perkembangan ekonomi Malaysia dan tidak lari dari pentingnya kepada warga penjaja dan peniaga. 



Antara Peserta yang mengambil bahagian di Zon Sarawak

Wednesday 14 November 2018

Belanjawan Sarawak 2019


Sarawak akan meneruskan belanjawan yang tertumpu kepada pembangunan imbal dan luar bandar bagi merancakkan perkembangan ekonomi daripada jumlah peruntukan belanjawan RM11.914 bilion bagi 2019, yang terbesar dalam sejarah negeri ini.


Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, daripada keseluruhan peruntukan belanjawan berjumlah RM9.073 bilion ia termasuk dana Persekutuan berjumlah RM0.260 bilion, dicadangkan untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2.841 juta untuk perbelanjaan operasi.

Abang Johari, yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi, berkata, dengan mengambil kira anggaran hasil berjumlah RM10,513 juta dan jumlah cadangan perbelanjaan biasa RM10.391 bilion, peruntukan belanjawan 2019 dijangka mengalami lebihan RM122 juta.



"Bagi 2019, sejumlah RM9.073 bilion dicadangkan untuk membiayai pelbagai program dan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 termasuk inisiatif sosio-ekonomi dan transformasi luar bandar, projek dan inisiatif di bawah Ekonomi Digital," kata Abang Johari.

Daripada jumlah peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan, beliau berkata RM8.813 bilion akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri manakala RM260 juta oleh Kerajaan Persekutuan menerusi pengembalian pinjaman dan bantuan.


Mengenai Belanjawan Persekutuan 2019, beliau berkata peruntukan bagi Sarawak berjumlah RM4.346 bilion hanyalah 7.94 peratus daripada jumlah keseluruhan belanjawan pembangunan berbanding RM4.336 pada 2018.

Bagi 2018, peruntukan berjumlah RM8.2 bilion diumumkan bagi belanjawan negeri ini, merangkumi RM5.745 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2.4816 untuk perbelanjaan operasi. 

rujukan : http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/sarawak/sarawak-catat-rekod-belanjawan-rm11-94-bilion-untuk-2019-1.781753

Sekilas pandang Bajet 2019

Geran padanan Kerajaan hanya akan diberikan kepada syarikat yang dapat menarik pelaburan daripada sektor swasta.

PUNB menyediakan RM200 juta untuk PKS Bumiputera. TEKUN pula memperuntukkan RM100 juta untuk membiayai usahawan kecil.

 


Salah satu fokus yang menjadi perhatian Kerajaan dalam Belanjawan 2019 ialah Memupuk Budaya Negara Keusahawanan. Ini memberikan kita pemahaman bahawa Kerajaan sedang membina Malaysia berteraskan kepada keupayaan usahawan khasnya yang datang daripada kalangan golongan muda.

Menurut Guan Eng semasa pembentangan berkenaan, model negara keusahawanan ini menggunakan kerjasama yang merangkumi sektor awam, swasta, golongan profesional dan rakyat untuk melaksanakan sesuatu pembangunan atau projek.


Kerajaan melihat kepada model penglibatan menyeluruh keempat-empat pihak ini akan memastikan Malaysia memiliki ekosistem baharu yang melihatkan Malaysia mampu memenuhi potensi dan keperluan rakyat.



Pada 2 November lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah membentangkan Belanjawan 2019 dengan tema “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat sejahtera. Belanjawan ini memberi fokus kepada tiga perkara utama dengan 12 strategi utama turut digariskan.


Semua usaha ini dilaksanakan untuk memberi sokongan meluas kepada perkembangan teknologi terkini dan memastikan usahawan di Malaysia khasnya golongan muda mempunyai pembiayaan mencukupi untuk merancakkan perniagaan mereka.


Usaha Kerajaan untuk meningkatkan keperluan usahawan dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 juga menjadi sebahagian daripada isi penting Belanjawan 2019. Bagi mendukung Pelan Tindakan Dasar Industri 4.0, Kerajaan memperuntukan RM210 juta dari tahun 2019 hingga 2021 untuk membantu 500 syarikat PKS beralih kepada teknologi dalam Industri 4.0.


PKS jelas menjadi tumpuan utama dalam Belanjawan 2019, apabila Kerajaan turut menyediakan RM2 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) di mana Kerajaan akan memberikan jaminan pembiayaan sehingga 70 peratus.

Selain itu, bagi memastikan PKS terus berkembang maju, dana pembiayaan PKS oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60 peratus jaminan SJPP termasuk RM1 bilion untuk PKS Bumiputera akan disediakan.

Manakala bagi syarikat yang mempunyai pendapatan bercukai sehingga RM500 ribu dan PKS dengan modal berbayar kurang daripada RM2.5 juta, kadar cukai korporat akan dikurangkan daripada 18 peratus kepada 17 peratus.


Bagi menggalakkan syarikat-syarikat PKS khasnya yang dimiliki usahawan muda untuk terlibat dalam pasaran eksport, Kerajaan melalui pembiayaan oleh EXIM Bank menawarkan kemudahan kredit dan perlindungan takaful kepada pengeksport PKS berjumlah RM2 bilion.


Bagi memastikan industri halal terus berkembang dan menepati hasrat untuk Malaysia menjadi hab halal global pada tahun 2020, Kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi meningkatkan keupayaan PKS dalam industri halal.



Di samping itu, Kerajaan turut menyediakan Skim Pembiayaan PKS patuh Syariah berjumlah RM1 bilion dan ia disediakan khusus untuk membiayai pengeksportan produk halal. Skim ini akan dibiayai oleh institusi kewangan Islam dengan Kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak dua peratus.


Selain itu, pihak Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) akan menyediakan peruntukan RM200 juta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta pembelian premis perniagaan untuk disewa kepada PKS Bumiputera.


RM100 juta turut akan diperuntukkan kepada TEKUN untuk membiayai usahawan kecil. Ini merupakan antara peluang yang wajar direbut oleh usahawan-usahawan muda.

Selain itu, Dana Tabung Pelancongan PKS berjumlah RM500 juta turut disediakan oleh SME Bank dengan Kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus. Dana ini sebenarnya akan membantu lebih ramai pengusaha kraftangan dan inap desa untuk meluaskan perniagaan mereka.



Dalam bidang agromakanan pula, Kerajaan menyediakan dana berjumlah RM52 juta untuk melaksanakan pelbagai program keusahawanan dan latihan industri tani untuk menarik penglibatan golongan muda menceburkan diri dalam sektor ini.


Belanjawan 2019 jelas memberikan fokus besar kepada bidang keusahawanan dan ini merupakan sesuatu yang perlu direbutkan oleh golongan usahawan muda itu sendiri.