Wednesday 14 November 2018

Belanjawan Sarawak 2019


Sarawak akan meneruskan belanjawan yang tertumpu kepada pembangunan imbal dan luar bandar bagi merancakkan perkembangan ekonomi daripada jumlah peruntukan belanjawan RM11.914 bilion bagi 2019, yang terbesar dalam sejarah negeri ini.


Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, daripada keseluruhan peruntukan belanjawan berjumlah RM9.073 bilion ia termasuk dana Persekutuan berjumlah RM0.260 bilion, dicadangkan untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2.841 juta untuk perbelanjaan operasi.

Abang Johari, yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi, berkata, dengan mengambil kira anggaran hasil berjumlah RM10,513 juta dan jumlah cadangan perbelanjaan biasa RM10.391 bilion, peruntukan belanjawan 2019 dijangka mengalami lebihan RM122 juta.



"Bagi 2019, sejumlah RM9.073 bilion dicadangkan untuk membiayai pelbagai program dan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 termasuk inisiatif sosio-ekonomi dan transformasi luar bandar, projek dan inisiatif di bawah Ekonomi Digital," kata Abang Johari.

Daripada jumlah peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan, beliau berkata RM8.813 bilion akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri manakala RM260 juta oleh Kerajaan Persekutuan menerusi pengembalian pinjaman dan bantuan.


Mengenai Belanjawan Persekutuan 2019, beliau berkata peruntukan bagi Sarawak berjumlah RM4.346 bilion hanyalah 7.94 peratus daripada jumlah keseluruhan belanjawan pembangunan berbanding RM4.336 pada 2018.

Bagi 2018, peruntukan berjumlah RM8.2 bilion diumumkan bagi belanjawan negeri ini, merangkumi RM5.745 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2.4816 untuk perbelanjaan operasi. 

rujukan : http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/sarawak/sarawak-catat-rekod-belanjawan-rm11-94-bilion-untuk-2019-1.781753

No comments:

Post a Comment