“Success in business requires training and discipline and hardwork. But if you’re not frightened by these things, the opportunities are just as great as they ever were.”
– David Rockefeller
Seperti yang diucapkan oleh David Rockfeller di atas, jika seseorang itu tidak takut mendengar perkataan,
Berlatih
Disiplin dan
Kerja Keras
4 sikap yang biasanya dikongsi oleh para usahawan kecil dan sederhana yang berjaya mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan adalah dirumuskan seperti berikut :
Daripada kajian, ada 4 perkara atau sikap seperti di bawah biasanya ada pada semua para usahawan berjaya:
#1. Pengalaman dalam kerjaya – mereka yang mempunyai pengalaman dalam kerjaya makan gaji dan berjaya melaksanakan tanggung jawab sepanjang kerjayanya biasa mampu membuat keputusan perniagaan yang baik berbanding mereka yang tak berpengalaman.
#2. Perancangan perniagaan – Ada pendapat mengatakan bahawa kertas kerja perniagaan tidak perlu untuk memulakan perniagaan. Tetapi perancangan perniagaan tetap penting samada ada diterjemahkan di atas kertas maupun terpahat dalam otak usahawan.
#3. Perwatakan yang positif – Personaliti yang baik seperti memahami, mudah berkawan dan seumpamanya amat membantu dalam kejayaan seseorang.
#4. Mentor – Ini sudah beberapa kali saya nyatakan. Mereka yang mendapatkan bantuan mentor atau seumpamanya sejak sebelum berniaga biasanya 3 kali ganda akan memulakan perniagaan berbanding mereka yang sekadar angan-angan atas katil tanpa berusaha mencari seorang mentor.
Kajian juga mendapati mereka yang ada mentor berpeluang sebanyak 7 kali lebih baik untuk mendapatkan dana berbanding yang tak ada mentor. Walaupun kadar kegagalan cukup tinggi pada tahun pertama, 84% dari usahawan yang ada mentor biasanya mampu melepasi tahun pertama dan kedua perniagaan mereka.
Cuba ulang baca keempat-empat perkara di atas dan fikirkan samada anda ada kesemua sikap yang dinyatakan untuk meluluskan anda masuk dalam golongan mereka yang bakal menjadi usahawan berjaya.