Tuesday 14 May 2019

Bazaar Ramadhan Kota Sentosa 2019


 

Kenangan bersama pengerusi dan ahli jawatankuasa Bazaar Ramadhan MPP (Majlis Perbandaran Padawan)



Bermula pada 6hb Mei 2019 hingga 2 hb Jun 2019 
Bazaar Ramadhan 2019, Kota Sentosa (Bt7) dipertanggungjawabkan kepada persatuan Peniaga & Penjaja Sarawak.  Tapak dataran Kota Sentosa masih digunakan walaupun agak sesak ketika berlansung bazaar.
90 tapak gerai telah diperuntukkan kepada usahawan dan peniaga serta penjaja yang menjual pelbagai juadah dan makanan.



 Penyerahan bahan promosi oleh pihak CCK kepada Jawatankuasa Pengelola Bazaar Ramadhan MPP.

Usahawan bazaar ramadhan terlebih dahlu mempunyai sijil pengendalian makanan dan mendapatkan suntikan anti Typhoid (kepialu) sebelum memohon untuk menjalankan perniagaan makanan di Bazaar Ramadhan Kota Sentosa.

Antara makanan dan minuman yang dijual di Bazaar berkenaan.


Kebersihan dan sikap bertanggungjawab adalah diutamakan kepada pengusaha gerai Bazaar Ramadhan berkenaan. Beberapa peraturan perlu diikuti oleh peserta, antaranya tidak dibolehkan menggunakan bekas Plyseterene, penggunaan apron dan sarung tangan serta penutup kepala adalah dianjurkan. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pihak MPP untuk keselesaan pengunjung dan usahawan gerai.
 


Bazaar Ramadhan Kota sentosa menyediakan pelbagai juadah untuk berbuka dan mula beroperasi daripada pukul 2:00ptg hingga 7:00 malam.

No comments:

Post a Comment