Thursday 31 January 2019

Banner untuk Persatuan Peniaga & Penjaja Sarawak. (PPPS)



Program Simposium Usahawan Kontraktor Siri 4, 2019

Simposium Usahawan Kontraktor Siri 4, 2019 diadakan di Hotel Permonade, Bintulu. pada 29 Febuari 2019.


Antara ahli-ahli Persatuan Peniaga & Penjaja Sarawak (PPPS) dan AJK Wilayah Bintulu yang turut memberi sokongan kepada program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak,





Kenangan bersama Menteri Muda Usahawan Sarawak , Datuk Hj Mohd Naroden Bin Hj Majais.


Program tersebut dijayakan bersama agensi-agensi yang berkenaan seperti SEDC, CIDB, JKR dan SFO, Kewangan Negeri Sarawak.


Dirasmikan oleh YB Datuk Awang Tengah Ali Hassan selaku Menteri Usahawan E-Dagang dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak.

Thursday 24 January 2019

Kunjungan hormat GAPEMA ke Kementerian e-dagang, perusahaan industri kecil sederhana Sarawak

KUNJUNGAN HORMAT GAPEMA KE KEMENTERIAN IKS SARAWAK ERATKAN KERJASAMA NGO DAN KERAJAAN NEGERI
24 Januari 2019.

- Kunjungan hormat GAPEMA (Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia diwakili oleh Presiden Datuk Muhammad Bin Mahmood dan Ahli-ahli Jawatan kuasa serta setiausaha Agung GAPEMA Malaysia.
GAPEMA merupakan satu gabungan dikalangan persatuan-persatuan penjaja dan peniaga yang berdaftar dan yang mempunyai matlamat sama dari seluruh Malaysia. Gabungan ini wujud sejak 2015.



YB datuk Hj Mohd Naroden Bin Hj Majais menyampaikan cenderhati kepada Presiden GAPEMA Malaysia, Datuk Mohammad Bin Mahmood, diiringi oleh Cik Pn Norain, setiusaha Agung GAPEMA. Turut kelihatan ialah En Dzulkornain   Masron dan En Sayed Ismail serta Encik Sahminan Sirat dan Ismet Shahrir mewakili Persatuan Peniaga & Penjaja Sarawak (PPPS)


- Membincangkan kerjasama dan hala tuju ke arah membantu kecil dikalangan warga peniaga kecil dan penjaja di Sarawak.
- Membincangkan aktiviti-aktivti yang boleh dijalankan bersama dengan Kementerian Pembangunan Perusahaan Kecil & Sederhana dan Usahawan Sarawak bagi mendatangkan menafaat kepada ahli-ahli dan warga usahawan di Sarawak khususnya.
Kunjungan hormat ini merupakan titik tolak kerjasama NGO dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam bidang kemajuan peniaga dan penjaja.

Friday 18 January 2019

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PPPS

Mesyuarat Agung Dwi tahunan akan diadakan pada 02 Feb 2019 bertempat di pejabat PPPS, Kuching. Ini adalah selaras dengan kehendak perlembagaan induk PPPS seperti yang didaftarkan dengan ROS.

Kepada ahli-ahli yang telah berdaftar, kehadiran tuan/puan adalah dialu-alukan bagi memenuhi korum mesyuarat. Kaunter pendaftaran diadakan untuk mereka / ahli-ahli memperbaharui yuran keahlian agar boleh menghadiri mesyuarat tersebut.



Kehadiran ahli-ahli adalah dialu-alukan dan terlebih dahulu kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.