Thursday 24 January 2019

Kunjungan hormat GAPEMA ke Kementerian e-dagang, perusahaan industri kecil sederhana Sarawak

KUNJUNGAN HORMAT GAPEMA KE KEMENTERIAN IKS SARAWAK ERATKAN KERJASAMA NGO DAN KERAJAAN NEGERI
24 Januari 2019.

- Kunjungan hormat GAPEMA (Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia diwakili oleh Presiden Datuk Muhammad Bin Mahmood dan Ahli-ahli Jawatan kuasa serta setiausaha Agung GAPEMA Malaysia.
GAPEMA merupakan satu gabungan dikalangan persatuan-persatuan penjaja dan peniaga yang berdaftar dan yang mempunyai matlamat sama dari seluruh Malaysia. Gabungan ini wujud sejak 2015.



YB datuk Hj Mohd Naroden Bin Hj Majais menyampaikan cenderhati kepada Presiden GAPEMA Malaysia, Datuk Mohammad Bin Mahmood, diiringi oleh Cik Pn Norain, setiusaha Agung GAPEMA. Turut kelihatan ialah En Dzulkornain   Masron dan En Sayed Ismail serta Encik Sahminan Sirat dan Ismet Shahrir mewakili Persatuan Peniaga & Penjaja Sarawak (PPPS)


- Membincangkan kerjasama dan hala tuju ke arah membantu kecil dikalangan warga peniaga kecil dan penjaja di Sarawak.
- Membincangkan aktiviti-aktivti yang boleh dijalankan bersama dengan Kementerian Pembangunan Perusahaan Kecil & Sederhana dan Usahawan Sarawak bagi mendatangkan menafaat kepada ahli-ahli dan warga usahawan di Sarawak khususnya.
Kunjungan hormat ini merupakan titik tolak kerjasama NGO dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam bidang kemajuan peniaga dan penjaja.

No comments:

Post a Comment