Tuesday, 19 January 2021

PKP - Perintah Kawalan Pergerakan memberi kesan kepada peniaga kecil & Penaja Sarawak 2021

 Aktiviti Perniagaan warga peniaga kecil dan penjaja di Sarawak amat terkesan akibat penularan virus Covid19. Tahun 2021 mencatatkan peningkatan mendadak penularan virus pembunuh ini.

Peniaga-peniaga kecil dan penjaja yang terlibat dengan industri makanan adalah paling terkesan dengan keadaan ini.

Pengusaha kedai makan dan minum, gerai, restoren, peniaga pinggir jalan terpaksa mengurangkan jualan kepada hampir 50% berbanding dengan hari-hari biasa.

Keengganan orang awam untuk keluar dan menjamu makan diluar juga merupakan faktor penurunan ini selain daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Walau demikian, penghantaran makanan melalui ejen hantaran seperti Food Panda dan Grab food adalah sebagai alternatif tetapi tidak banyak membantu.

 Mungkin warga kota masih ketakutan – Suara Sarawak – Bukan Sekadar Akhbar

Keadaan Kedai dan gerai makan agak lengang tidak seperti biasa. Gaji pekerja dan sewa premis tetap dibayar. 

Ada juga dikalangan peniaga terpaksa menutup perniagaan untuk tidak mengambil risiko yang lebih tinggi.

Pihak Persatuan PPPS mengharapkan Kerajaan Negeri Sarawak merangka satu kaedah dan formula bagaimana warga dan peniaga ini boleh dibantu. 

Kekangan sekarang ialah, kebanyakan peniaga kecil dan penjaja tidak mempunyai lesen. Mereka menumpang dikedai-kedai kopi, berniaga di tepi jalan, pasar malam dan pusat penjaja menggunakan permit dari pihak PBT.


Beri kelegaan pada peniaga 

Bersama kita berdoa agar wabak virus pembunuh ini terhapus dalam tahun 2021. Kerjasama dan rasa tanggung jawab kita bersama adalah sangat penting bagi memutuskan rantaian penularan ini.

Patuhi SOP dan akur dengan perintah PKP yang disarankan semoga kita mendapat kemenangan.

Sekian.

Minan Sirat

Persatuan Peniaga & Penjaja Sarawak (PPPS)




No comments:

Post a Comment