Tuesday 29 August 2017

Program 'Hi-Tea' bersama Bank Rakyat Sarawak.

Pada 28 August 2017 pihak Bank Rakyat telah mengadakan majlis HiTea dan memperkenalkan produk-produk terkini bank dan hal-hal pembiayaan untuk warga usahawan di bawah PPK1MS.

Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak (PPK1MS) adalah dengan rasminya telah dilantik sebagai Panel kepada Bank Rakyat. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan pinjaman, pembiayaan dan pelabagai lagi yang melibatkan warga penjaja dan peniaga.


Antara kehadiran pada program tersebut ialah dari Unit-unit seluruh bahagian di Sarawak.

Kehadiran pegawai daripada Pejabat induk Bank Rakyat Kuala Lumpur telah hadir disamping Pengurus Bank Rakyat Cawangan Satok En Mohd Yusof. Proram ini dijayakan oleh pihak Bank Rakyat Satok bersama dengan PPK1MS bertempat di Bilik Taklimat Kopi O Korner, Satok , Kuching Sarawak.

Anatar peserta yang hadir mendengar taklimat dari Bank Rakyat.


En Yusof, Bank Rakyat menerima cenderamata daripada PPK1MS Unit Tatau Pn Simba Entili


Pegawai Bank Rakyat daripada Kuala Lumpur memberi ucapan dan sedikit taklimat kepada hadirin. Antara amanat beliau ialah tentang pengurusan kewangan dan  kepentingan merancanga kewangan.



Peserta boleh bertanya dan bersoal jawab tentang peranan dan produk-produk dari Bank Rakyat yang melibatkan usahawan-usahawan.
Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan bertukar-tukar pendapat untuk kepentingan kedua-dua pihak dimasa akan datang

Sunday 13 August 2017

Program PRRN (Public Research Network) 2017 - Zon Sarawak

Program Public Research Network telah diadakan pada 12 Ogos 2017 di Dewan Jubli UiTM Sarawak. Program tersebut anjuran bersama jabatan dan agensi Kerajaan seperti KPDNKK, SEDC, Kraftangan, FAMA, MARA, SKM, Pusaka dan MARDI. 

Program ini memperkenalkan satu khidmat (Penyelidikan dan Pembangunan) R&D untuk usahawan dan sayarikat-syarikat Usahawan Kecil dan Sederhana. (IKS). UiTM berperanan sebagai agensi pelaksana.


Konsep program ini ialah memberi bantuan dari segi R&D kepada syarikat-syarikat kecil dengan kos yang rendah dan mampu ditanggung oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
Diskaun diberikan kepada syarikat-syarikat yang ingin membuat kaji selidik terhadap produk keluaran, mutu dan kualiti, sistem pengeluaran, pemasaran dan pelbagai cabaran dan masalah yang dihadapi oleh usahawan -usahawan kecil dan sederhana


Dalam model program tersebut, kumpulan-kumpulan dikategorikan dalam pelbagai bidang khusus seperti fashion dan jahitan, pengeluar produk makanan, produk kraftangan dan industri-industri yang terlibat dalam skop usahawan kecil dan sederhana.


Program diadakan sehari bersama -sama dengan usahawan dari pelbagai latar belakang perniagaan.
Usahawan-usahawan yang berkenaan boleh mangambil peluang ini memandangkan kos untuk R&D adalah tinggi di luar sana.


Wednesday 9 August 2017

Pengujudan Medan Selera Kota sentosa Kpg Hj Baki

Medan Selera Kpg Hj Baki adalah dicadangakan di atas sebuah bangunan yang terbangkalai di pintu masuk Kpg Hj Baki Kuching. Bangunan itu dicadangkan dengan penaiktarafan untuk menyediakan tapak kepada pengusaha dan peniaga kecil untuk menjual pelbagai makanan.


Bangunan yang sedia ada dinaik tarafkan dengan segala kemudahan untuk keselesaan peniaga dan pelanggan. Kerjasama persatuan PPK1MS dengan pihak MPP (Majlis Perbandaran Padawan) serta JKK kampung akan melicinkan lagi perlaksanaan yang dijangka pada akhir tahun ini.


Pihak persatuan berperanan sebagai pemangkin dan menerajui pembangunan tersebut untuk ahli-ahli persatuan Kota Sentosa yang diketuai oleh anak tempatan, Encik Mohd Shadad Bin Yusof


Sebelum ini pihak Persatuan telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan Bazaar Ramadan 2017 di Kota Sentosa dibawah kelolaan pihak MPP.

Dengan ini juga pihak Persatuan sangat berbesar hati untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada YB Lo Khere Chiang, Datuk Ahmad Bin Dato Sri Ibrahim serta ahli-ahli Majlis MPP yang banyak memberi sokongan dan dorongan.