Wednesday, 25 October 2017

Sekitar program COCA-COLAKU (Komuniti Usahawan) di UNIMAS 25 Okt 2017

Program Coca-colaku telah diadakan pada 25 Oktober 2017 di UNIMAS, disertai oleh usahawan-usahawan dari pelbagai NGO dan juga pelajar-pelajar di UNIMAS.


Diantara peserta bersarapan sebelum masuk dewan




Pendafataran peserta di ruang legar Dewan deTAR, UNIMAS oleh pegawai-pwegawai dari KPDNKK

 Peserta dari PPK1MS Unit Betong , Saratok dan Roban serta sebahagian peserta dari Unit Kota Sentosa, Bt 7 Kuching.


Ceramah diadakan di dewan oleh pihak KPDNKK, UBER dan COCA COLA.

 Antara peserta yang mendapat sijil penyertaan dari KPDNKK dan COCA COLAKU


 Peserta dari Saratok, Sempat merakam photo bersama VIP di Majlis tersbut

 Dr Mohd Syafiq (Timbalan Presiden PPK1MS merangkap Ketua Unit) dan rakan-rakan dari Betong dan Saratok


Sebelum majlis perasmian


Anatara peserta dalam Majlis tersebut.

Program diadakan sehari suntuk dan berakhir pada 4;30 petang dengan pengulungan oleh Pn Huda dari CoCa Cola.

Monday, 23 October 2017

Program Coca-colaku via KPDNKK

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui jalinan kerjasama strategik bersama Coca-Cola Malaysia akan menganjurkan program pembangunan keusahawanan menerusi pelaksanaan Program Coca-ColaKU Komuniti Usahawan via KPDNKK. Program ini ditujukan khusus kepada semua bakal usahawan terutamanya penuntut-penuntut institusi pengajian tinggi awam dan usahawan-usahawan di negara ini untuk mendapatkan latihan dan sokongan dalam bentuk peningkatan pengetahuan dalam mengembangkan perniagaan mereka.


Program Coca-ColaKU via KPDNKK ini telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 10 April 2017. Program ini merupakan inisiatif secara NBOS dengan menghimpunkan usahawan PKS dan mahasiswa dalam satu program di mana modul dan pendekatan yang diaplikasikan adalah lebih ringkas, komprehensif dan praktikal. Selain daripada itu penawaran program yang komprehensif, peserta yang hadir juga akan diberikan sijil penyertaan, buku panduan kits perniagaan, mengukuhkan jaringan perniagaan melalui interaktif komunikasi serta mendapatkan informasi berkenaan perkhidmatan dan inisiatif Kerajaan dalam membantu golongan usahawan


Program Coca ColaKU via KPDNKK bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                                  Tarikh    :       25 Oktober 2017 (Rabu) 

                                    Masa      :       8.00 pagi – 5.30 petang

                                    Tempat   :     Arena Gemilang DeTAR Putra
                                                          Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Sunday, 15 October 2017

Sekitar Majlis Jelajah Pedalaman bersama GAPEMA dan KPDNKK serta OUNA

Pasar Utama Bintulu, pusat penjaja dan peniaga menjual produk dan menjalankan perniagaan. Santai-santai sebelum berangkat ke program di Sungai Asap.

Sahminan, Hj Nawawi (Sarawak) dan Saufie Amir (Selangor)

Menjamu kelapa di Pantai Tanjung Batu Bintulu..

 Bersama Dato Stanley Tan, Pengarah KPDNKK Sarawak

 Bersama Pangeran Hj Merais, Pengerusi Persatuan Usahawan Kecil Bumiputera Bintulu, YB Timbalan Menteri Henry Sum Agung dan Timbalan Presiden GAPEMA

En Sahminan mewakili GAPEMA mendendangkan lagu, Kekasihku berkahwin baru. Penari latar En Mohd Zain dari Unit Bako  Sarawak.

 Menunggu ketibaan Menteri di Lapangan Terbang Bintulu bersama YB Dato Henry Sum Agung, Timbalan Menteri KPDNKK

 Bersama VIP dan jempitan Khas Majlis Makan malam bersama Ketua-ketua Agensi dibawah KPDNKK


Bakal Tuai Rumah...heheh En Saufie dari Selangor



 Bersama Datuk Mohamad Mahmud Presiden GAPEMA dan pegawai dari Kementerian.

Program Jelajah Pedalaman bersama KPDNKK, Sg Asap Belaga

Pada 13 Oktober 2017, Satu Majlis 'Jelajah Pedalaman bersama KPDNKK telah berlangsung di Uma Balui Ukap, Sg Asap Belaga. Program tersebut adalah dengan kerjasama Persatuan Orang Ulu dan GAPEMA (Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia.

 Ucapan Perasmian oleh YB Dato Sri Hamzah Zainduddin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia.

Program Jelajah Kepenggunaan & Keusahawanan dan Pelancaran Friends Of KPDNKK (FOK) dilakukan serentak bersama penyampaian Watikah PPP (Penyelarasan Pengguna Parlimen).
Seramai 31 Ahli PPP telah menerima Watikah perlantikan tersebut daripada Kawasan Parlimen seluruh Sarawak.

enyelaras Pengguna Parlimen (PPP) adalah sebagai mata dan telinga untuk memantau perjalanan perdagangan terutamanya di kawasan luar bandar.


 Antara penerima watikah PPP di Rumah Balui Ukap, Sg Asap Belaga.

Program yang dijayakan bersama KPDNKK, Persatuan Orang Ulu, GAPEMA (Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak (PPK1MS).
Program tersebut antara lain mengetengahkan peluang perniagaaan kepada masyarakat Oarang Ulu. Agensi seperti KPDNKK, Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malayasia (MKM), Pihak Polis dan juga Jabtan Bomba dan Penyelamat turut memberi info yang berguna kepada peserta.


 Antara VIP dalam majlis tersebut, turut Kelihatan, Presiden GAPEMA, Datuk Mohammad Bin Mahmud, , Datuk Muez Abd Aziz, Perdagangan Dalam Negeri, Dato' Sri Jamil Salleh Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato' Stanley Tan Ketua Pengarah KPDNKK Sarawak, Tn Hj Nawawi Ibrahim Timbalan Presiden GAPEMA.



Para tetamu khusuk mendengar amanat daripada Menteri di ruai Rumah Panjang UMA BALUI UKAP, Sg Asap Belaga.

 Ahli jawatankuasa yang telah membuat perancangan selama ini turut memastikan perjalanan program lancar dan mengikut perancangan.

 Ahli Jawatankuasa bersama kakitangan KPDNKK Sarawak mengambil foto kenangan bersama.
AJK dari Rumah Panjang Balui Ukap. Turut kelihatan, TR Edemond Lating Berdiri berbaju hitam.

Pn Nancy Emot, Ketua Unit Bintulu, Tubau, Sg Asap Belaga

Bersama Jawatankuasa Rumah Panjang Balui Ukap, Sg Asap Belaga.


 Mengambil gambar kenangan bersama YB Dato Henry Sum Agung, Timbalan Menteri KPDNKK

 YB Dato Sri Hamzah Bin Zainudin , menerima cenderahati daripada pihak Rumah Panjang Balui Ukap, Sg Asap, Belaga, Encik Lating.


 Dr Syafiq Thomas Abdullah, Naib Presiden PPK1MS dan Tuan Hj Alwi Ahmad, barisan AJK PPK1MS mengambil gambar kenangan bersama jelitawan-jelitawan Orang Ulu

Perjalanan dari Bandar Bintulu ke Sg Asap mengambil masa 2 setengah Jam melalui jalan berturap melintasi dataran bukit. Jalan tersebut terus menghubungi Empangan Bakun

Rumah Panjang Balui Ukap. Sg Asap Belaga


 Persembahan musik kebudayaan Orang Ulu turut memeriahkan sambutan ketibaan Menteri. 


Mangambil gambar kenangan di satu-satunya gerai makan Muslim di Sg Asap Belaga.
Dari Kiri Belakang : EN Sahminan SiratT, Penolong Setiausaha, En Hj Mohd Zen
, Ketua Unit PPK1MS Sejingkat Bako, Kuching, Pn Sara Binti Udin , Ketua Unit PPK1MS Lundu, Pauline, AJK PPK1MS  Sg Asap, Tuan Hj Nawawi, Timbalan Presiden GAPEMA, Tuan Hj Alwi Ahmad, Ketua Unit PPK1MS Bahagian Mukah,

Duduk Barisan hadapan :
Pn Nancy Emot, Ketua Unit PPK1MS Unit Bintulu, Tubau Sg Asap dan Belaga, Datuk Mohammad Bin Mahmud, Presiden GAPEMA, En Sufie Amir Mohd Yackop, Pengerusi Perhubungan GAPEMA Negeri Selangor dan Dr Syafiq Thomas Abdullah, Timbalan Presiden PPK1MS merangkap ketua Unit Betong dan AJK GAEPMA.

 ntara yang hadir, ketua Jabatan dan Agensi di KPDNKK Sarawak

Jelitawan-jelitawan Orang Ulu turut merakamkan foto bersama Menteri dan Timbalan Menteri serta YB Temapatan dan tetamu VIP.

Program Pelancaran dan penyampaian Watikah telah diakhiri dengan penyampaian watikah, pelancaran dan sesi dialog dengan ketua-ketua kaum di kawasan tersebut.


Friday, 6 October 2017

Program Kesedaran Kepenggunaan Dan Majlis Perasmian Unit PPK1MS dan Kerjasama dengan PUKB

Program Kesedaran Kepenggunaan kepada warga penjaja dan peniaga Kecil PPK1MS Unit Tatau / Balingian / Selangau telah diadakan di Bintulu di Hotel Lihua pada 05 Oktober 2017

Antara hadirin yang turut serta dalam program tersebut.

Program selama sehari itu telah diisi dengan slot-slot ceramah dan taklimat daripada agensi-agensi seperti PNS (Perbananan Nasional) yang berkenaan dengan Business In Transformation) dan juga Pembiayaan perniagaan 'Food Truck', KPDNKK berkenaan dengan Hak-hak dan tanggungjawab pengguna, TRIBUNAL Pengguna dan Pihak bank-bank berkenaan dengan pembiayaan pernigaaan


KPDNKK Cawangan Bintulu sedang memberi taklimat.




Ucapan Preasmian oleh YB Datuk John Sikie Tayai, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Sarawak.

Pihak YB Menteri berpesan agar menggunakan persatuan untuk sama-sama bergerak ke arah membangunkan warga penjaja dan peniaga di kawasan Tatau / Balingian dan Selangau.
Peniaga dan usahawan hendaklah menunjukkan peningkatan dalam usaha niaga dari hari ke hari. Ini adalah penting agar kita dapat menunjukkan kemajuan sebelum pihak-pihak tertentu menghulurkan bantuan seterusnya. "Help youself first before you expect somebody else helping you" tambahnya.


En Hafidz A Rahim, Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak sedang memberi sepatah dua kata kepada hadirin dan peserta.

Pihak agensi Kerajaan seperti KPDNKK sentiasa memberi bantuan dari segi penambahan ilmu, memberi kursus, seminat dan latihan kepada warga penjaja dan peniaga yang memerlukan.
Penjaja dan peniaga juga merupakan mata dan telingan bagi pihak kerajaan bagi mendengar permasalahan dan rungutan berkaitan dengan aktiviti dan perjalanan perniagaan sehari-hari. Ini termasuklah penyorokan stok, menaikkan harga keterlaluan, etika pernigaan yang tidak sihat dan sebagainya.


Cik Pn Vivisher berceloteh dengan peserta dalam menerangkan konsep Business in tarsformasi kepada peserta

Program tersebut juga diselitkan dengan perasmian Unit PPK1MS Tatau / Balingian / Selangau. Datuk John Sikie Tayai telah diberi penghormatan untuk menyampaikan watikah perlantikan kepada AJK-AJK Unit.
Dalam masa yang sama PPK1MS telah menandatangani Memorandum persefahaman dengan Persatuan Usahawan Kecil Bumiputera Bintulu bagi memacu usaha membangunkan keusahawanan dikalangan warga penjaja dan peniaga.
Antara lain isi kandungan Memorandum tersebut ialah :

A) Saling bantu membantu dan menyokong antara satu sama lain

 dalam segala aktiviti yang melibatkan  pembangunan dan memajukan penjaja dan usahawan dalam persatuan.

B) Saling berkongsi peluang dan manafaat yang disalurkan oleh 

pihak Kerajaan yang melibatkan kemajuan keusahawanan dan 

peniaga dalam persatuan.

C) Saling bekerjasama dan mewujudkan suasana harmoni 

dikalangan ahli –ahli persatuan melalui penganjuran aktiviti dan 

program yang berkaitan dan yang berkenaan dengan memajukan 

warga  usahawan dan peniaga serta penjaja kecil di Bintulu.

D) Bersama dibawah satu bumbung usahawan untuk mengadakan 

aktitivi dan program yang menjurus kepada hubungan erat dan 

satu hati dikalangan usahawan, peniaga dan penjaja kecil di 

Bintulu.

Memorandum telah ditandatangani bersama oleh Pn Simba Entili mewakili PPK1MS dan Pengeran Hj Merais Bin Pengeran Hj Ismail mewakili PUKB



Mengambil foto bersama datuk John Sikie Tayai

Turut hadir dalam Perasmian Program tersebut ialah Yang Berhormat Ir Majang Rengie, ADUN  N.70 Samalaju dan Ir Christopher Gira Samabang ADUN N59. Tamin.

Pihak Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak (PPK1MS) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan pihak Yang berhormat.