Monday 23 October 2017

Program Coca-colaku via KPDNKK

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui jalinan kerjasama strategik bersama Coca-Cola Malaysia akan menganjurkan program pembangunan keusahawanan menerusi pelaksanaan Program Coca-ColaKU Komuniti Usahawan via KPDNKK. Program ini ditujukan khusus kepada semua bakal usahawan terutamanya penuntut-penuntut institusi pengajian tinggi awam dan usahawan-usahawan di negara ini untuk mendapatkan latihan dan sokongan dalam bentuk peningkatan pengetahuan dalam mengembangkan perniagaan mereka.


Program Coca-ColaKU via KPDNKK ini telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 10 April 2017. Program ini merupakan inisiatif secara NBOS dengan menghimpunkan usahawan PKS dan mahasiswa dalam satu program di mana modul dan pendekatan yang diaplikasikan adalah lebih ringkas, komprehensif dan praktikal. Selain daripada itu penawaran program yang komprehensif, peserta yang hadir juga akan diberikan sijil penyertaan, buku panduan kits perniagaan, mengukuhkan jaringan perniagaan melalui interaktif komunikasi serta mendapatkan informasi berkenaan perkhidmatan dan inisiatif Kerajaan dalam membantu golongan usahawan


Program Coca ColaKU via KPDNKK bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                                  Tarikh    :       25 Oktober 2017 (Rabu) 

                                    Masa      :       8.00 pagi – 5.30 petang

                                    Tempat   :     Arena Gemilang DeTAR Putra
                                                          Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

No comments:

Post a Comment