Saturday, 9 September 2017

Sekitar Program 1MME - Transformasi Kepimpinan

Bengkel Transformasi Kepimpinan melibatkan aktiviti-aktiviti berkumpulan yang merupakan sebahagian dari modul latihan. Ini melibatkan kaedah kaedah merungkaikan SWOTS Analysis, ERRIC Grid dan Goal Setting selari dengan keperluan dalam mengarahkan hala tuju sesuatu organisasi.


Para peserta yang terilbat memberi kerjasama agar mudah menyerap ilmu-ilmu yang diketengahkan.

 Antara peserta yang terlibat adalah dari pelbagai latar belakang yang boleh menyumbang kemahiran dan pengetahuan kepada organisasi.
 Pembentangan secara berkumpulan dilakukan agar semua memahami objektif dan hasil analisa yang dibuat.

 Model ERRIC Grid yang dibanicangkan dan diadaptasi dengan keadaan dan situasi semasa dalam memacu perjalanan oragnisasi dan juga kegunaan individu.


 SWOT analysis yang dirungkaikan bagi mengenali diri sendiri dan oragnisasi seterusnya merangka jalan penyelesaian yang terbaik.

Dengan adanya 1MME ini, para peserta boleh mendalami ilmu-ilmu pentadbiran selari dengan kehendak semasa.



Tuesday, 29 August 2017

Program 'Hi-Tea' bersama Bank Rakyat Sarawak.

Pada 28 August 2017 pihak Bank Rakyat telah mengadakan majlis HiTea dan memperkenalkan produk-produk terkini bank dan hal-hal pembiayaan untuk warga usahawan di bawah PPK1MS.

Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak (PPK1MS) adalah dengan rasminya telah dilantik sebagai Panel kepada Bank Rakyat. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan pinjaman, pembiayaan dan pelabagai lagi yang melibatkan warga penjaja dan peniaga.


Antara kehadiran pada program tersebut ialah dari Unit-unit seluruh bahagian di Sarawak.

Kehadiran pegawai daripada Pejabat induk Bank Rakyat Kuala Lumpur telah hadir disamping Pengurus Bank Rakyat Cawangan Satok En Mohd Yusof. Proram ini dijayakan oleh pihak Bank Rakyat Satok bersama dengan PPK1MS bertempat di Bilik Taklimat Kopi O Korner, Satok , Kuching Sarawak.

Anatar peserta yang hadir mendengar taklimat dari Bank Rakyat.


En Yusof, Bank Rakyat menerima cenderamata daripada PPK1MS Unit Tatau Pn Simba Entili


Pegawai Bank Rakyat daripada Kuala Lumpur memberi ucapan dan sedikit taklimat kepada hadirin. Antara amanat beliau ialah tentang pengurusan kewangan dan  kepentingan merancanga kewangan.



Peserta boleh bertanya dan bersoal jawab tentang peranan dan produk-produk dari Bank Rakyat yang melibatkan usahawan-usahawan.
Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan bertukar-tukar pendapat untuk kepentingan kedua-dua pihak dimasa akan datang

Sunday, 13 August 2017

Program PRRN (Public Research Network) 2017 - Zon Sarawak

Program Public Research Network telah diadakan pada 12 Ogos 2017 di Dewan Jubli UiTM Sarawak. Program tersebut anjuran bersama jabatan dan agensi Kerajaan seperti KPDNKK, SEDC, Kraftangan, FAMA, MARA, SKM, Pusaka dan MARDI. 

Program ini memperkenalkan satu khidmat (Penyelidikan dan Pembangunan) R&D untuk usahawan dan sayarikat-syarikat Usahawan Kecil dan Sederhana. (IKS). UiTM berperanan sebagai agensi pelaksana.


Konsep program ini ialah memberi bantuan dari segi R&D kepada syarikat-syarikat kecil dengan kos yang rendah dan mampu ditanggung oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
Diskaun diberikan kepada syarikat-syarikat yang ingin membuat kaji selidik terhadap produk keluaran, mutu dan kualiti, sistem pengeluaran, pemasaran dan pelbagai cabaran dan masalah yang dihadapi oleh usahawan -usahawan kecil dan sederhana


Dalam model program tersebut, kumpulan-kumpulan dikategorikan dalam pelbagai bidang khusus seperti fashion dan jahitan, pengeluar produk makanan, produk kraftangan dan industri-industri yang terlibat dalam skop usahawan kecil dan sederhana.


Program diadakan sehari bersama -sama dengan usahawan dari pelbagai latar belakang perniagaan.
Usahawan-usahawan yang berkenaan boleh mangambil peluang ini memandangkan kos untuk R&D adalah tinggi di luar sana.


Wednesday, 9 August 2017

Pengujudan Medan Selera Kota sentosa Kpg Hj Baki

Medan Selera Kpg Hj Baki adalah dicadangakan di atas sebuah bangunan yang terbangkalai di pintu masuk Kpg Hj Baki Kuching. Bangunan itu dicadangkan dengan penaiktarafan untuk menyediakan tapak kepada pengusaha dan peniaga kecil untuk menjual pelbagai makanan.


Bangunan yang sedia ada dinaik tarafkan dengan segala kemudahan untuk keselesaan peniaga dan pelanggan. Kerjasama persatuan PPK1MS dengan pihak MPP (Majlis Perbandaran Padawan) serta JKK kampung akan melicinkan lagi perlaksanaan yang dijangka pada akhir tahun ini.


Pihak persatuan berperanan sebagai pemangkin dan menerajui pembangunan tersebut untuk ahli-ahli persatuan Kota Sentosa yang diketuai oleh anak tempatan, Encik Mohd Shadad Bin Yusof


Sebelum ini pihak Persatuan telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan Bazaar Ramadan 2017 di Kota Sentosa dibawah kelolaan pihak MPP.

Dengan ini juga pihak Persatuan sangat berbesar hati untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada YB Lo Khere Chiang, Datuk Ahmad Bin Dato Sri Ibrahim serta ahli-ahli Majlis MPP yang banyak memberi sokongan dan dorongan.

Wednesday, 31 May 2017

BAZAAR RAMADAN KOTA SENTOSA 2017

Pihak PPK1MS telah diberi tanggunjawab untuk mengurus dan mentadbir perjalanan Bazaar Ramadan Kota Sentosa, Bt 7, Jalan Kuching Serian Sarawak. Perasmian dilakukan pada 29 Mei 2017 oleh YB Datuk Sim selaku ADUN di kawasan tersebut. Turut hadir ialah YB Lo Khere Chiang, Datuk Ahmad Bin Dato Sri Ibrahim, Ahli-ahli Majlis MPP (Majli Perbandaran Padawan), Pegawai MPP, Ahli Jawatankuasa PPK1MS dan jemputan dari agensi-agensi Kerajaan.

Perlaksanaan Bazaar tersebut adalah dengan kerjasama MPP dan juga KPDNKK bersama PPK1MS


Bazaar Ramadan tersebut menempatkan 90 gerai untuk disewa kepada usahawan Bazaar Ramadan dengan harga yang berpatutan. Antara lain usahawan-usahawan dikalangan peniaga adalah terlibat dalam jualan makanan, air minuman, buah-buahan dan makanan bakar seperti ikan dan ayam bakar.

En Nawawi sedang memeriksa persiapan perlaksanaan Bazaar Ramadan Bt 7, Kota Sentosa.

Pihak PPK1MS telah mengenakan syarat yang ketat berkenaan kebersihan dan kesihatan makanan yang dijual di Bazaar tersebut. Setiap peserta diwajibkan dan dimestikan mengambil SUNTIKAN ANTI-THYPHOID dan telah mengahidiri KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN di institusi yang diiktiraf oleh Jabatan Kesihatan.
Ini adalah untuk mengelakkan keracunan makanan dan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada pembeli, pengguna yang juga pengunjung bazaar tersebut.

Datuk Sim sedang menyampaikan Apron dan topi kepada peserta bazaar.

Penggunaan Apron dan topi digalakkan kepada peniaga yang beroperasi. Pihak CCK dan KPDNKK telah memberi sumbangan untuk tujuan tersebut.


Encik Hafiz dan Dato' Stanley dari KPDNKK Sarawak bersama dengan AJK Pelaksana Bazaar Ramadan Kota Sentosa 2017



Datuk Professor Sim Kui Hian sedang beramah mesra dengan peniaga di Bazaar Ramadan sambil menyampaikan apron untuk mereka.



Pengunjung yang beresak-esak membeli juadah untuk berbuka puasa di Kota Sentosa, Bt 7 Kuching Sarawak.

Bazaar Ramadan Kota Sentosa 2017 telah memberi banyak pengajaran kepada PPK1MS yang pertama kali mengendalikan seperti itu. Menangani kerenah-kerenah usahawan yang terdiri dari penjaja dan peniaga kecil adalah satu cabaran. Displin yang kurang melibatkan penjagaan kebersihan dan tidak mematuhi arahan pihak penganjur tidak kurang mendatangkan masalah. 
Walaubagaimanapun, berbekalkan penagalaman pihak AJK telah dapat mengatasi dengan penuh bijaksana dan berhemah.
Secara umumnya Program Bazaar Ramadan Kota sentosa dijalankan dengan jayanya dan beberapa kepincangan dapat dikenalpasti dan akan ditangani secara penambaikkan.

Wednesday, 12 October 2016

Peniaga pasar malam di Kuching Sarawak

Setelah sekian lama, aktiviti penjaja dan peniaga kecil yang melibatkan pasar malam kini dihidupkan kembali.
Konsep Pasar malam yang pertama diwujudkan ialah di perkarangan Dewan Suarah Kuching Sarawak. Sejak penutupan pasar Satok (pasar malam yang beroperasi di hujung minggu), kini telah muncul beberapa tumpuan untuk diwujudkan pasar malam.
Antaranya ialah di persekitaran Pasaraya Giant Samariang, Pasar malam N6 di Metro City dan mungkin akan ditambah lagi selepas ini.
Pihak persataun menyambut baik usaha ini disamping ianya melibatkan ahli-ahli PPK1MS yang turut sama berniaga di lokasi-lokasi yang berkenaan.


Tinjauan pihak PPK1MS di Pasara malam sekitar Pasaraya Giant, Samariang




Antara pengusaha pasar malam yang aktif dikalangan ahli-ahli PPK1MS


Walau apapun, sikap yang positif dan disiplin mestilah diutamakan. Ini melibatkan kebersihan, kerjasama dan sokongan kepada PBT-PBT bagi kelansungan yang lancar

Dalam masa terdekat pihak PPK1MS berusaha untuk mempertingkatkan lagi aktiviti dan imej warga penjaja dan peniaga dijkalangan ahli-ahli. 
Pihak PPK1MS juga mengajukan cadangan-cadngan kepada pihak kementerian untuk tujuan tersebut. Antara lain ialah perniagaan bergerak menggunakan kenderaan (Food Truck, Van Pakaian, Kenderaan buku dan sebagainya)
Urusan permit, perlesenan masih dalam perbincangan dengan pihak-pihak tertentu.

Contoh-contoh trak-trak untuk penjaja & peniaga.

Trak untuk burger

Food truck

Kedai buku bergerak

Kedai runcit bergerak

Usaha-usaha ini adalah untuk menaik tarafkan imej warga penjaja dan peniaga kecil di Kuching sarawak disamping membuka peluang untuk meraih pendapatan yang menarik.


Sunday, 9 October 2016

Bengkel kemahiran diri - Kearah pembentukan usahawan

Satu bengkel kemahiran diri - Asas cetakan T shirt telah diadakan di Pusat Belia Dan Sukan , Kuching Sarawak.
Bengkel ini adalah dengan kerjasama pihak Jabatan Residen  Kuching Sarawak, Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal Sarawak


Peserta bengkel yang bakl dibentuk menjadi usahawan cetakan

Penyertaan adalah daripada ahli-ahli persatuan PPK1MS, 
NGO-NGO tempatan. 
Perasmian bengkel tersebut telah dilakukan oleh Cik Amelia, Timbalan Residen Kuching dan Tn Hj Nawawi Ibrahim, presiden PPK1MS.

Bengkel ini akan diadakan di kawasan-kawasan luar Kuching dan sekitar bandaraya.