Pembatalan Bazaar Ramadhan 2020 memberi peluang kepada usahawan-usahawan untuk berfikir mencari jalan alternatif bagaimana untuk berniaga dalam mengharungi wabak Covid19.
Terdapat pelbagai idea dan kaedah untuk difikirkan dan dipraktikkan bagi melakukan jualan juadah dan keperluan menggunakan jalur atas talian. (online) - rujukan lanjut dan terimakasih blog ordersini.
1.
ORDER & HANTAR - TEMPAHAN DAN HANTAR KEPADA PELANGGAN.
Tiada pilihan lain yang boleh
digunakan oleh peniaga kecuali menggunakan cara order dan hantar makanan. Cara
ini sama seperti buka gerai di Bazaar juga , cuma peniaga yang pergi
menghantar makanan ke rumah pembeli atau pelanggan.
Namun untuk lakukan proses ini,
ianya memerlukan Standard Operation Procedure (SOP) yang ketat untuk
mengelakkan kerugian. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
terutamanya cara pembayaran, tempoh tempahan dan cara penghantaran dibuat.
Terdapat juga kemungkinan perbuatan khianat dimana tempahan palsu dibuat. Tempahan daripada orang awam perlu disahkan sebaik mungkin untuk mengelak kerugian.
2.
MULA SEKARANG & ATUR JADUAL
Mulakan sekarang, latih diri. Jangan tunggu bazar bermula baru nak
mula buat. Anda perlu buat sekarang untuk buat SOP sendiri.
Untuk perniagaan online, anda
perlukan jadual pembelian barang mentah, jadual tempahan, sistem tempahan dan
jadual penghantaran yang teratur untuk pastikan semua proses ini berjalan
lancar.
Jadualkan penghasilan produk anda
Belian bahan mentah yang terancang
Jika anda tunggu ramadhan bermula,
ianya sudah terlambat. Anda perlu bermula hari ini dan biasakan diri
dengan suasana perniagaan baru sebelum tiba Ramadhan.
Pastikan anda buat
catatan dan sediakan jadual serta SOP dari pagi sampai penghantaran makanan
kepada pembeli.
3.
ORDER SEHARI AWAL
Buat perancangan rapi. Untuk memudahkan anda menyediakan
bekalan bahan mentah serta mengelakkan kerugian, anda perlu ambil order sehari
awal. Tempahan yang dibuat sepanjang hari ini akan dihantar pada keesokan hari.
Jika makanan anda mudah untuk disediakan, anda boleh buka tempahan sehingga jam
3 petang dan penghantaran dibuat pada hari yang sama.
Ianya terpulang kepada jenis makanan
yang anda jual. Jika ianya mudah untuk disiapkan, anda boleh buka sehingga
tengahari hari yang sama. Jika makanan tersebut sukar untuk disiapkan, maka
anda perlu buka tempahan sehari awal.
Jika tempahan dibuat sehari awal,
anda lebih kurang risiko untuk kerugian. Berapa jumlah order yang anda terima,
anda boleh masak mengikut jumlah tersebut & hantar pada petangnya.
4.
BAYAR TERUS
Seeloknya JANGAN buat pembayaran tunai semasa
penghantaran (Cash on delivery). Ianya berisiko untuk anda dan perniagaan anda
kerana jika pembeli tidak muncul semasa penghantaran atau batalkan tempahan
secara tiba-tiba, anda tidak akan menerima bayaran jika anda mahu mereka bayar
secara cash.
Sebaiknya TIADA Cash On Develry
Bayar terus melalui kaedah bayaran atas talian
Pembayaran atas talian lebih mudah.
Terdapat pelbagai kaedah bayaran seperti Sarawak PAy, Bank Transfer dan sebagainya. Mereka buat tempahan dan terus kepilkan resit untuk anda. Jika anda boleh
sediakan payment gateway, lebih mudah. Pembayaran dijamin 100% dibuat untuk
makanan anda.
5.
SISTEM TEMPAHAN
Anda perlukan sistem untuk
memudahkan pengurusan tempahan yang diterima. Pembeli boleh bayar dengan mudah,
anda boleh uruskannya dengan mudah.
Platform e bazaar di Facebook
Terdapat banyak platform dalam Facebook di internat untuk anda mendaftar diri. Anda boleh masukkan produk makanan anda tanpa had. Dan pembeli juga boleh
beli tanpa had. Mereka boleh beli sebanyak mana yang mereka mahu dan anda juga
boleh jual sebanyak mana produk yang anda mahu.
Sistem platform FB ini akan memudahkan
anda untuk membuat penghantaran kepada alamat yang telah dimasukkan secara pm (personal message). Selepas
anda menghantar makanan, anda hanya perlu tandakan tempahan tersebut sebagai
‘selesai’ atau ‘dihantar’.
Setiap hari, anda boleh lihat
laporan jualan yang anda telah buat. Buat rekod untuk anda sendiri agar mudah anda mengurus perniagaan anda.
Sediakan Resit atau DO (Delivery order) utk pelanggan. Boleh beli dikedai buku. Notifikasi whatsapp juga dihantar kepada pembeli
berkenaan tempahan yang dibuat.
6.
BUAT GROUP PEMBELI (Whatsapp / Telegram etc)
Anda boleh sediakan group whatsapp atau telegram
khas untuk pembeli anda. Setiap kali ada tempahan baru, masukkan mereka ke
dalam group pembeli. Orang yang pernah membeli dan sukakan produk anda, mereka
cenderung untuk membeli di tempat yang sama sahaja.
Itu ialah lumrah psikologi dalam
jual beli. Sekali mereka suka, mereka akan terus sukakannya. Perkara ini juga
berlaku di bazaar ramadhan. Orang akan pergi ke kedai yang pernah mereka beli
sahaja.
Group whatsapp menjadi satu medan
terbaik untuk anda menerima tempahan tanpa perlu promosikan produk makanan atau menu baru anda.
Letakkan link anda dalam plattform seperti ini di FB
Anda boleh berikan link group whatsapp tersebut di dalam
group komuniti facebook dan sebagainya. Ajak lebih ramai orang masuk ke group
whatsapp dan tunjukkan makanan anda di situ.
Semua tempahan perlu dibuat dan
dibayar terus secara online (SarawakPay / Bank transfer dsbnya) Ianya lebih memudahkan anda untuk
uruskan semua tempahan berbanding buat secara manual.
7.
BANTUAN ANAK-ANAK MUDA
Bagi peniaga yang sudah berumur,
mereka pastinya kurang gunakan sistem dan tidak pandai uruskan perniagaan atas
talian. Maka mereka perlukan bantuan orang muda. Jika ada anak-anak yang pandai
gunakan teknologi, gunakan kemahiran mereka untuk uruskan perniagaan.
Jika anda mempunyai ibu bapa yang
berniaga di bazaar, bantulah mereka. Gunakan segala kelebihan teknologi yang
anda tahu untuk bantu mereka hasilkan pendapatan sepanjang bulan ramadhan.
SELAMAT BERNIAGA CARA BARU.