Friday 17 April 2020

Ada Penjaja & Peniaga kebanyakan tidak mempunyai lesen niaga.

Bazaar Ramadhan 2020 telah ditiadakan. Pakej bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil disalurkan melalui applikasi SarawakPay. 
 
 Peniaga runcit di pasar-pasar tamu

  Jualan ditepi-tepi jalan


Peniag-peniaga harian (Jualan hasil tani)

Peniaga kecil dan penjaja di Sarawak adalah terdiri daripada mereka yang berniaga ditepi-tepi jalan, dihadapan rumah, digerai-gerai menumpang di kedai-kedai, peniaga yang bergerak, penjaja-penjaja dipasar-pasar. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai lesen dan berniaga secara individu dan menggunakan permit harian ataupun tidak mendaftar dimana-mana.
Ini mungkin kerena pelbagai kekangan dan kesulitan yang menjadi syarat untuk mereka mendaftar.


Untuk bantuan kepada peniaga kecil seperti yang diumumkan oleh Kerajaan negeri Sarawak, Peniaga kecil yang tidak mempunyai lesen hendaklah mendaftar di PBT , Pejabat Daerah untuk melayakkan mereka mendapat bantuan berkenaan. 


Peniaga di Medan Satok, Kubah Ria Kuching


 Penjual Kuih tepi jalan
Di kawasan Kuching peniaga dan penjaja bolehlah berdaftar dengan Dewan Bandaraya Kuching (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Untuk mereka yang berada di setiap bahgian bolehlah mendaftar di Pejabat Daerah atau juga PBT-PBT setempat.
Pihak PBT juga mempunyai senarai mereka sendiri dimana mereka berniaga dipremis-premis khas atau petak-petak niaga yang disediakan.

Pihak Persatuan juga memohon agar pendaftaran ini dipermudahkan. Syarat-syarat bolehlah dilonggarkan untuk daftar kali pertama kepada penjaja dan peniaga kecil yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment