Thursday, 2 April 2020

Bazaar Ramadhan 2020, Mungkin Niaga atas talian "online" satu penyelesaian..?

Hingga ke hari ini, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor dan Kedah, telah membuat keputusan untuk membatalkan bazar Ramadan di negeri, manakala Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar juga sudah menegaskan, bazar Ramadan tidak sesuai diadakan di negeri itu disebabkan risiko berlaku kontak rapat yang amat besar.

Adalah sukar dan tidak praktikal untuk mengawal pergerakan pengunjung Bazaar, walaupun pada mulanya dianggap senang. Keadaan sebegini akan berlaku dan meningkatkan lagi penularan wabak maut itu.

 Bazaar Ramadhan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia
 Keadaan apabila Bazaar Ramadhan diadakan.

 "Ramai peniaga mengharapkan bazar Ramadan diteruskan, walaupun secara kecil-kecilan kerana ia sudah dianggap sebagai satu tradisi di bulan puasa... cadangan bazar Ramadan dilakukan secara talian pula menarik, namun perlu dipastikan ia dapat dilakukan secara menyeluruh.

Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial mendapati topik bazaar Ramadan terus diperkatakan, antaranya @M_HarithRoslan berkata, pembatalan bazaar Ramadan sahaja tidak memadai sekiranya pusat beli belah dan pasar raya dibuka dan dibanjiri orang ramai seperti biasa selepas tamatnya PKP.


Woman Fearful Of COVID-19 Accidentally Burns RM1,800 In An Attempt ...
Tidak dinafikan penularan Covid19 boleh berlaku ketika wang kertas bertukar tangan.

Kes Covid-19 ini pun belum tentu habis bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu tamat, jadi orang ramai masih lagi bimbang untuk keluar... walaupun aspek keselamatan pemakanan dan kebersihan dipatuhi, ia tetap tidak cukup menghalang penularan wabak sepanjang musim bazar Ramadan, jika ia dilaksanakan.

Komuniti penjaja dan peniaga termasuk wanita, disaran memulakan konsep e-bazaar Ramadan, namun harus mengekalkan arahan kerajaan seperti jarakan sosial dan penghantaran tanpa sentuhan.

Agrobazaar Online by Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

AgroBazaar Online bantu usahawan tani | Harian Metro 
contoh - Bazaar online Agrobazaar FAMA

"Sebagai contoh, e-bazar jualan khas bagi peniaga bazaar. Dalam masa yang sama, peniaga bazaar sewajarnya sudah mempunyai perancangan dan persediaan yang realistik, sekiranya bazar ramadan dibatalkan," katanya.
Berkongsi pendapat yang sama, Presiden Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Wanita (Wadi) Sukmamurni Abdul Manaf berkata, peralihan ke perniagaan atas talian atau e-dagang harus dilihat sebagai jalan penyelesaian terbaik buat masa ini.

No comments:

Post a Comment