Pembatalan Bazaar Ramadhan di seluruh Sarawak telah diumumkan. Tiada jualan juadah dan makanan dan lauk pauk di bazaar terbuka. Namun demikian usahawan-usahawan mula berniaga melalui jualan atas talian melalui media sosial seperti Facebook.
Beberapa page atau platform niaga di Facebook telah mula diwujudkan. Usahawan mula berpusu-pusu mendaftar diri sebagai penjual dan mempromosi produk masing-masing. Ini adalah satu keadaan yang menggalakkan dan ianya satu perkembangan positif.
Pelbagai juadah dipromosi dengan mengambil foto dan didedahkan dalam beberapa page yang diwujudkan. Pengunjung dari seluruh pelusuk boleh melayari dan memesan melalui panggilan dan menghubungi terus kepada penjual. Bayaran mungkin semasa penghantaran atau melalui aplikasi wang digital seperti Sarawak Pay, Online transfer dan sebagainya.
Contoh Page yang dibiba sebagai kemudahan para peniaga untuk berjual beli juadah di Bulan Ramadhan 2020.
Terdapat juga usahawan -usahawan sudah mula mencuba dan berjual menggunakan media sosial. Hasilnya sangat menggalakkan.
Namun demikian, usahawan dinasihatkan agar menjaga kualiti produk dan perkhidmatan agar menjana pendapatan berterusan.
Menyediakan produk yang dipesan. Usaha salah seorang usahawan Bazaar Ramadhan mempromosi jualan.
Usahawan-usahawan Bazaar secara online juga dinasihatkan agar berhati-hati dengan kegiatan yang tidak bertanggunjawab dan khianat. Ini boleh berlaku dimana ada pelanggan online membuat tempahan dengan banyak dan memberi lokasi palsu dan ini mengecewakan dan merugikan. Perkara seperti ini boleh berlaku,
Berhati-hati..
Kepada usahawan yang belum biasa, mereka mestilah bersedia dengan keadaan ini. Boleh belajar daripada anak-anak muda yang fasih menggunakan kaedah ini.
Kaedah jualan dalam talian adalah lebih menguntungkan kerana :
- pelanggan sudah dikenal-pasti (tempahan awal)
-penghasilan produk adalah atas permintaan atau tempahan
- tidak perlu membayar tapak jualan
Suntikan Anti Typhoid kepada penyedia produk makanan.
Usahawan-usahawan juga dinasihatkan supaya menjaga keselamatan dan kesihatan. Penyedia-penyedia makanan juga dinasihatkan mengambil suntikan anti-typhoid, menggunakan sarung tangan , menjaga kebersihan dan mengambil langkah-langkah perlu untuk menghasilkan produk yang bersih dan selamat.
No comments:
Post a Comment