Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazaar Ramadan 2020, susulan penularan wabak Covid-19.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg hari ini berkata, keputusan membatalkan dua bazar sempena perayaan utama itu dibuat sebagai langkah berterusan untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik Covid-19.
“Berikutan tempoh bazar Ramadan dan bazar Gawai Dayak berdekatan, kerajaan memutuskan untuk membatalkan kedua-duanya dan ini adalah kerana kita tidak mahu menjejaskan masyarakat keseluruhannya.
“Tahun ini kita tidak perlu bazar Ramadan, kalau umur panjang kita akan menyaksikan semula bazar Ramadan dan bazar Gawai Dayak pada masa depan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan penghantaran bekalan makanan ke kawasan pedalaman, di sini, hari ini." - Abang Johari
“Berikutan tempoh bazar Ramadan dan bazar Gawai Dayak berdekatan, kerajaan memutuskan untuk membatalkan kedua-duanya dan ini adalah kerana kita tidak mahu menjejaskan masyarakat keseluruhannya.
“Tahun ini kita tidak perlu bazar Ramadan, kalau umur panjang kita akan menyaksikan semula bazar Ramadan dan bazar Gawai Dayak pada masa depan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan penghantaran bekalan makanan ke kawasan pedalaman, di sini, hari ini." - Abang Johari
PERSATUAN PENIAGA & PENJAJA SARAWAK (PPPS) Menyambut baik keputusan pembatalan bazaar Ramadhan 2020 selari dengan tindakan dan keputusan lain-lain negeri di Seluruh Malaysia.
En Mohd Ariffin Bin Abdullah, Presiden Persatuan Peniaga & Penjaja Sarawak.
Encik Mohd Ariffin menyifatkan keputusan untuk membatalkan Bazaar Ramadhan 2020 adalah satu tindakan yang bertanggungjawab demi keselamatan masyarakat.
Beliau juga menggesa agar semua ahli-ahli persatuan serta warga penjaja dan peniaga kecil akur dan patuh dengan keputusan berkenaan.
Terlebih dahulu, beliau mewakili persatuan PPPS mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Pusat dan mengharapkan agar bantuan dan sumbangan atas nama keperihatinan dan kepedulian kepada warga penjaja dan peniaga kecil di Sarawak.
"Ramadan 2020 ini tentu sekali terasa berlainan. Begitulah yang kita harus mempersiap diri dalam menghadapi masalah virus maut ini.
Keputusan ini akan mengecewakan ramai, lebih-lebih lagi para peniaga kita yang ghairah untuk menjual produk-produk Hari Raya mereka. Namun dalam kita mengharungi masa-masa sukar kini, penyesuaian perlu dilakukan.
PPPS harap masyarakat faham dengan keputusan yang dibuat dan sama-sama dapat kita membendung penularan Covid-19 ini" - Mohd Ariffin (Presiden PPPS)
Antara komen daripada usahawan usahawan Bazaar Ramadhan yang sempat dirakamkan :
Mohd Shadad Bin Yusof (Ketua Unit PPPS Kota Sentosa, Bt 7 Kuching)
Ahli Majlis M3PKN (Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sarawak).
"Kita akur dan berlapang dada menerima keputusan pembatalan Bazaar Ramadhan 2020. Saya juga berpesan kepada semua warga penjaja dan peniaga kecil agar sentiasa mematuhi segala tindakan pihak Kerajaan yang membawa kebaikan kepada kita.
Tidak berniaga di Bazaar bulan Ramadhan tidak bermakna kita tidak boleh berniaga terus. Kita sebagai usahawan harus bersedia untuk satu keadaan baru atau lanskap baru dalam perniagaan. Perniagaan secara atas talian juga merupakan satu pilihan.
Kita juga mengharapkan ada bantuan dan sumbangan daripada pihak kerajaan Negeri Sarawak untuk warga peniaga kecil dan penjaja yang terkesan dengan keadaan sekarang ini. Ini akan sedikit sebanyak meringankan tanggungan dan beban semasa perintah PKP ini". - Mohd Shadad Yusof
Raboyah Siee dan Abg Idris (Usahawan Bazaar Ramadhan)
"Semua persediaan telah dibuat, modal telah dikeluarkan untuk berniaga Bazaar Ramadhan Kota Sentosa (Bt 7 Kuching). Namun oleh kerana keadaan tidak mengizinkan, kami terpaksa akur dan menerima baik keptusan ini.
Kami juga mengharapkan ada sedikit bantuan dan sumbangan daripada pihak Kerajaan Negeri Sarawak bagi meringankan beban dikala tidak ada peluang untuk berniaga dan perintah PKP ini." -
Pn Raboyah Saie (Peniaga Bazaar)
Norhadzilah Lorin - Usahawan / pembekal (usahawan Bazaar Ramadhan - Lundu Sarawak)
"Saya telah mengjangkakan penutupan ini dan bersedia menghadapi keaadan. Sebagai seorang usahawan, saya telah menyediakan pelbagai pelan dan inisiatif sendiri termasuklah jual beli secara dalam talian melalui FB. Kebanyakan warga penjaja dan peniaga kecil yang kurang mahir menggunakan kemudahan teknologi seperti insta/FB/Whatsapp dsbnya. Mereka ini amat terkesan,
Walaubagaimanapun, keputusan kerajaan Negeri untuk membatalkan Bazaar Ramadhan 2020 adalah satu yang tepat dan bertanggungjawab demi keselamatan semua masyarakat." - Norhadzilah (usahawan dari Lundu, Sarawak)
Aladdin Bin Joni - Kota Samarahan
"Kita akur dan berterima kasih atas keputusan ini. Ianya nampak adil dan bertanggungjawab menjaga kepentingan semua. Walaupun saya telah bersedia dan mengeluarkan modal
untuk tujuan ini, saya juga bersedia untuk segala kemungkinan termasuk
mempromosi jualan melalui 'online' dan media sosial spserti FB. Ini akan
dibantu oleh anak-anak yang mempunyai lebih pengetahuan dalam bidang IT
ini".
- Aladdin Bin Joni (Usahawan Bazaar Ramadhan)
Pihak persatuan sentiasa bersama-sama pihak Kerajaan Negeri Sarawak membendung penularan wabak maut Covid19 ini dengan apa cara yang termampu. Semoga kita semua selamat dan dijauhi dari wabak yang tidak pernah memilih mangsa ini.
No comments:
Post a Comment