Wednesday, 13 September 2017

Konsep Naik Taraf penjaja dan peniaga di bahu Jalan Sarawak.

Pemantauan dari pihak Persatuan penjaja dan peniaga Kecil 1Malaysia (PPK1MS) mendapati keadaan penjaja dan peniaga di bahu jalan adalah tidak teratur dan terurus.

Mengambil inisiatif ini, pihak persatuan ingin mengemukakan perkara ini sebagai usul dalam mesyuarat M3PKN akan datang. Persatuan juga berusaha untuk mendapatkan dana pembangunan daripada kementerian yang berkenaan untuk membiayai kos naiktaraf gerai-gerai seperti ini



Keadaan Gerai-gerai binaan sendiri yang sedia ada adalah amat menyakitkan mata melihat dan perlu untuk dinaik tarafkan. Usaha ini adalah antara lain untuk membantu warga penjaja dan peniaga kecil dan dalam masa yang sama memberi keselesaan disamping meningkatkan aktiviti ekonomi setempat.


Sebelum ini juga terdapat binaan-binaan yang tidak sesuai dengan kehendak pasaran dan lokasi tumpuan pengunjung. Contohnya binaan didirikan jauh dari laluan dan tidak menggalakkan. Lokasi yang tidak komersial akan mensia-siakan usaha ini.
Oleh yang demikian pemilihan tempat dan lokasi perlu dibincangkan bersama Persatuan PPK1MS yang mana ahli-ahlinya lebih arif tentang lokasi dan kesesuaian disatu-satu tempat untuk menjalankan perniagaan harian.



Faktor-faktor keselamatan juga diambilkira dan boleh mendatang bahaya kepada pengunjung dan juga peniaga.

CADANGAN BINAAN YANG LEBIH MENARIK DAN SISTEMATIK

Gerai yang telah dinaiktarafkan di Jalan Santubong - Sg Lumut Sarawak.

Pihak persatuan juga telah membuat tinjauan dibeberapa lokasi mereka yang berniaga di bahu jalan. Binaan-binaan seperti ini adalah dicontohi dan diadaptasi di kawasan yang berpotensi.


Binaan yang menitikberatkan kebersihan, saliran dan pengurusan sampah.



Binaan yang tahan dan teguh 


Binaan yang mengambilkira keselamatan pengunjung dan peniaga dengan adanya pembahagian laluan dan tempat letak kenderaan.
Ini adalah contoh contoh yang boleh dicadangkan untuk naiktaraf.



Contoh Binaan dijalan besar Bt 12 Jalan Kuching Serian (Siburan)

Binaan ini adalah tidak begitu sesuai memandangkan terlalu dekat dengan jalan utama, tidak ada pembagahi jalan, tidak ada ruang untuk meletak eknderaan pengunjung. Keadaan ini mudah terdedah kepada kemalangan. Walaubagaimanapun usaha ini sedikit sebanyak dapat memberi manafaat kepada warga penjaja dan peniaga bahu jalan. Ini adalah lebih baik daripada keadaan yang tidak terurus, dan juga menyediakan pengurusan kebersihan.


Binaan terlalu dekat dengan bahu Jalan besar / utama Kuching -Serian


Keadaan kereta pengunjung yang datang berurusan dengan peniaga, terlalu dekat dan boleh mengundang kemalangan.

No comments:

Post a Comment