Program 1MME - Transformasi Kepimpinan (zon Sarawak 2017) diadakan di Kuching Sarawak pada 8-9 September 2017. Program ini dijalankan serentak dengan Program Transformasi Minda yang juga diadakan Politeknik Kuching.
Program ini adalah dianjurkan oleh pihak KPDNKK dengan kerjasama PNS Akademi dari Putrajaya.
Program diadakan di Penview Hotel, Kuching Sarawak. disertai oleh Ahli Jawatankuasa, Pihak pentadbiran dan Ahli-ahli Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak (PPK1MS) dari unit-unit Kuching, Miri, Mukah, Sarikei dan Bintulu.
Program ini didatangkan dengan Modul-modul kearah pengurusan, pentadbiran dan perancangan organisasi khususnya persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil. Penceramah dan pengendali seminar yang berpengalaman dari Akademi PNS yang diketuai oleh En Andriansyah telah memberi komitment yang tinggi dan dedikasi.
En Abdullah dan Ck Pn Jacinta dari Bahagian Penjaja dan Peniaga Kecil, KPDNKK sedang memberi taklimat.
Turut hadir ialah Encik Abdullah dan Cik Puan Jacinta dari Bahagian Penjaja dan Peniaga Kecil KPDNKK Putrajaya yang menerangkan konsep, matlamat dan hala tuju serta hasrat pihak kerajaan terhadap warga penjaja dan peniaga kecil.
Antara lain beliau telah menekankan betapa pentingnya elemen-elemen yang berkaitan dengan pembangunan penjaja dan peniaga kecil ke arah penghijrahan kepada tingkat yang lebih tinggi seperti polisi kerajaan, peluang-peluang yang ditawarkan, kemudahan-kemudahan serta kerjasama dibidang pembangunan usahawan.
Antara peserta yang hadir dari pelbagai latarbelakang perniagaan
Kehadiran peserta dari PPK1ms unit-unit Kuching Sarikei, Mukah, Miri dan Bintulu juga memberi satu aura dalam kesepakatan dan pemahaman matlamat secara sinkronis.
Peserta dan penceramah saling berinteraksi dalam program 1MME
Program ini juga diselitkan dengan info-info yang berguna daripada agensi-agensi yang berkaitan dengan perniagaan seperti KPDNKK, MyIPO, dan SSM.
Mereka dijemput khas bagi memberi pencerahan berkenaan peranan dan kewujudan mereka dalam membantu warga peniaga dan usahawan seluruhnya.
PPK1MS bersama penceramah daripada Akademi PNS, latihan dan kursus.
Encik Vincent daripada MyIPO Sarawak
Peserta dari Unit PPK1MS Bintulu bersama-sama dengan penceramah dari Akademi PNS
Program 1MME dijalankan dan dikendalikan oleh pihak-pihak dan individu yang terpilih dan berpengalaman daripada Akademi PNS termasuklah Dr Mazlan Zainuddin dan R. Rameshwaran serta pembantu yang berdedikasi.
Antara peserta yang mengambil bahagian dari PPK1MS
Program 1MME (Zon Sarawak 2017) -Transformasi Kepimpinan adalah antara lain program yang mengetengahkan bidang ilmu pentadbiran, pengurusan dan secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai kerjasama, kesepakatan, membuat keputusan dan efisiensi berpersatuan.
Pihak Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak (PPK1MS) dengan ini juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Kerajaan khasnya KPDNKK dan Akademi PNS yang menjalankan tanggungjawab dalam usaha membangunkan usahawan dikalangan penjaja dan peniaga kecil di Sarawak.
No comments:
Post a Comment