Thursday 21 September 2017

Mesyuarat (Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri) - M3PKN Sarawak Bil 1/2017

Majlis Perunding Penjaja & Peniaga Negeri Sarawak (M3PKN) telah ditubuhkan pada 2012 dan mesyuarat diadakan 2 kali setahun yang membincangkan perkara-perkara yang berkenaan dengan masalah dan cabaran warga penjaja dan peniaga kecil peringkat Negeri Sarawak.
Majlis tersebut terdiri daripada ahli-ahli Majlis yang dilantik daripada bahagian-bahagian dan daerah di Negeri Sarawak. 

Pada 20 September 2017 (Rabu), Mesyuarat telah diadakan di Waterfront Hotel Kuching Sarawak. Mesyuarat M3PKN dihadiri oleh pihak PBT, Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dengan keusahawanan dan aktiviti penjaja dan peniaga kecil. 
Ini termasuklah, Jabatan Kesihatan, Imigresen, PBT (seperti DBKU-Dewan Bandaraya Kuching Utara, MBKS-Majlis Bandaraya Kuching Selatan, MPP-Majlis Perbandaran Padawan, MDS- Majlis Daerah Serian, Samarahan.



Turut hadir ialah wakil-wakil dari Jabatan Kerajaan, seperti Kementerian Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, KPDNKK, Persatuan-persatuan seperti Chinese Chamber Of Commerce, dan lain-lain mereka yang terlibat langsung dengan warga penjaja dan peniaga kecil Negeri Sarawak.


Mesyuarat sedang diadakan dipengerusikan bersama oleh wakil Setiausaha M3PKN daripada KPDNKK (En Hafiz) dan Timbalan Pengerusi M3PKN Sarawak (En Hj Nawawi Ibrahim)

Mesyuarat diadakan dengan pembentangan usul-usul dari setiap bahagian dan daerah di Negeri Sarawak termasuk Kuching, Bintulu, Mukah, Sarikei, Sri Aman dan Lundu Sarawak.

Mesyuarat juga diselitkan dengan slot pembentangan berkenaan skim pembiayaan 'Food Truck' kepada ahli-ahli dan ketua-ketua Unit persatuan oleh pihak PNS Negeri Sarawak.



Pembentangan daripada pihak PNS berkenaan Business In Tranformation dan juga berkenaan pembiayaan skim 'food truck'.


Agenda mesyuarat dibentangkan satu persatu.

Hasil Mesyuarat ini akan dibawa ke Mesyuarat peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Ipoh, Perak dalam masa terdekat.

Segala usul dan perbincangan serta cadangan akan dibawa ke peringkat Kebangsaan untuk dibincang dan mendapat rangka perlaksanaan untuk tindakan yang seterusnya.



Antara mereka yang hadir pada mesyurat tersebut di Waterfront Hotel Kuching, 2017

Mesyuarat tersebut berakhir pada tengahari dan merumuskan segala usul yang dibawa daripada Unit-unit dan wakil-wakil Ahli Majlis dari seluruh Bahagian, Daerah dan Kawasan di Negeri Sarawak.
Antara lain usul adalah berkisar kepada penempatan pusat niaga baru, keperluan mengadakan kursus dan seminar, masalah-masalah warga penjaja dan peniaga kecil setempat, pendaftaran perniagaan dan  juga masalah peniaga PATI.

No comments:

Post a Comment