Friday, 6 October 2017

Program Kesedaran Kepenggunaan Dan Majlis Perasmian Unit PPK1MS dan Kerjasama dengan PUKB

Program Kesedaran Kepenggunaan kepada warga penjaja dan peniaga Kecil PPK1MS Unit Tatau / Balingian / Selangau telah diadakan di Bintulu di Hotel Lihua pada 05 Oktober 2017

Antara hadirin yang turut serta dalam program tersebut.

Program selama sehari itu telah diisi dengan slot-slot ceramah dan taklimat daripada agensi-agensi seperti PNS (Perbananan Nasional) yang berkenaan dengan Business In Transformation) dan juga Pembiayaan perniagaan 'Food Truck', KPDNKK berkenaan dengan Hak-hak dan tanggungjawab pengguna, TRIBUNAL Pengguna dan Pihak bank-bank berkenaan dengan pembiayaan pernigaaan


KPDNKK Cawangan Bintulu sedang memberi taklimat.




Ucapan Preasmian oleh YB Datuk John Sikie Tayai, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Sarawak.

Pihak YB Menteri berpesan agar menggunakan persatuan untuk sama-sama bergerak ke arah membangunkan warga penjaja dan peniaga di kawasan Tatau / Balingian dan Selangau.
Peniaga dan usahawan hendaklah menunjukkan peningkatan dalam usaha niaga dari hari ke hari. Ini adalah penting agar kita dapat menunjukkan kemajuan sebelum pihak-pihak tertentu menghulurkan bantuan seterusnya. "Help youself first before you expect somebody else helping you" tambahnya.


En Hafidz A Rahim, Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak sedang memberi sepatah dua kata kepada hadirin dan peserta.

Pihak agensi Kerajaan seperti KPDNKK sentiasa memberi bantuan dari segi penambahan ilmu, memberi kursus, seminat dan latihan kepada warga penjaja dan peniaga yang memerlukan.
Penjaja dan peniaga juga merupakan mata dan telingan bagi pihak kerajaan bagi mendengar permasalahan dan rungutan berkaitan dengan aktiviti dan perjalanan perniagaan sehari-hari. Ini termasuklah penyorokan stok, menaikkan harga keterlaluan, etika pernigaan yang tidak sihat dan sebagainya.


Cik Pn Vivisher berceloteh dengan peserta dalam menerangkan konsep Business in tarsformasi kepada peserta

Program tersebut juga diselitkan dengan perasmian Unit PPK1MS Tatau / Balingian / Selangau. Datuk John Sikie Tayai telah diberi penghormatan untuk menyampaikan watikah perlantikan kepada AJK-AJK Unit.
Dalam masa yang sama PPK1MS telah menandatangani Memorandum persefahaman dengan Persatuan Usahawan Kecil Bumiputera Bintulu bagi memacu usaha membangunkan keusahawanan dikalangan warga penjaja dan peniaga.
Antara lain isi kandungan Memorandum tersebut ialah :

A) Saling bantu membantu dan menyokong antara satu sama lain

 dalam segala aktiviti yang melibatkan  pembangunan dan memajukan penjaja dan usahawan dalam persatuan.

B) Saling berkongsi peluang dan manafaat yang disalurkan oleh 

pihak Kerajaan yang melibatkan kemajuan keusahawanan dan 

peniaga dalam persatuan.

C) Saling bekerjasama dan mewujudkan suasana harmoni 

dikalangan ahli –ahli persatuan melalui penganjuran aktiviti dan 

program yang berkaitan dan yang berkenaan dengan memajukan 

warga  usahawan dan peniaga serta penjaja kecil di Bintulu.

D) Bersama dibawah satu bumbung usahawan untuk mengadakan 

aktitivi dan program yang menjurus kepada hubungan erat dan 

satu hati dikalangan usahawan, peniaga dan penjaja kecil di 

Bintulu.

Memorandum telah ditandatangani bersama oleh Pn Simba Entili mewakili PPK1MS dan Pengeran Hj Merais Bin Pengeran Hj Ismail mewakili PUKB



Mengambil foto bersama datuk John Sikie Tayai

Turut hadir dalam Perasmian Program tersebut ialah Yang Berhormat Ir Majang Rengie, ADUN  N.70 Samalaju dan Ir Christopher Gira Samabang ADUN N59. Tamin.

Pihak Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak (PPK1MS) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan pihak Yang berhormat.

Thursday, 21 September 2017

Mesyuarat (Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri) - M3PKN Sarawak Bil 1/2017

Majlis Perunding Penjaja & Peniaga Negeri Sarawak (M3PKN) telah ditubuhkan pada 2012 dan mesyuarat diadakan 2 kali setahun yang membincangkan perkara-perkara yang berkenaan dengan masalah dan cabaran warga penjaja dan peniaga kecil peringkat Negeri Sarawak.
Majlis tersebut terdiri daripada ahli-ahli Majlis yang dilantik daripada bahagian-bahagian dan daerah di Negeri Sarawak. 

Pada 20 September 2017 (Rabu), Mesyuarat telah diadakan di Waterfront Hotel Kuching Sarawak. Mesyuarat M3PKN dihadiri oleh pihak PBT, Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dengan keusahawanan dan aktiviti penjaja dan peniaga kecil. 
Ini termasuklah, Jabatan Kesihatan, Imigresen, PBT (seperti DBKU-Dewan Bandaraya Kuching Utara, MBKS-Majlis Bandaraya Kuching Selatan, MPP-Majlis Perbandaran Padawan, MDS- Majlis Daerah Serian, Samarahan.



Turut hadir ialah wakil-wakil dari Jabatan Kerajaan, seperti Kementerian Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, KPDNKK, Persatuan-persatuan seperti Chinese Chamber Of Commerce, dan lain-lain mereka yang terlibat langsung dengan warga penjaja dan peniaga kecil Negeri Sarawak.


Mesyuarat sedang diadakan dipengerusikan bersama oleh wakil Setiausaha M3PKN daripada KPDNKK (En Hafiz) dan Timbalan Pengerusi M3PKN Sarawak (En Hj Nawawi Ibrahim)

Mesyuarat diadakan dengan pembentangan usul-usul dari setiap bahagian dan daerah di Negeri Sarawak termasuk Kuching, Bintulu, Mukah, Sarikei, Sri Aman dan Lundu Sarawak.

Mesyuarat juga diselitkan dengan slot pembentangan berkenaan skim pembiayaan 'Food Truck' kepada ahli-ahli dan ketua-ketua Unit persatuan oleh pihak PNS Negeri Sarawak.



Pembentangan daripada pihak PNS berkenaan Business In Tranformation dan juga berkenaan pembiayaan skim 'food truck'.


Agenda mesyuarat dibentangkan satu persatu.

Hasil Mesyuarat ini akan dibawa ke Mesyuarat peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Ipoh, Perak dalam masa terdekat.

Segala usul dan perbincangan serta cadangan akan dibawa ke peringkat Kebangsaan untuk dibincang dan mendapat rangka perlaksanaan untuk tindakan yang seterusnya.



Antara mereka yang hadir pada mesyurat tersebut di Waterfront Hotel Kuching, 2017

Mesyuarat tersebut berakhir pada tengahari dan merumuskan segala usul yang dibawa daripada Unit-unit dan wakil-wakil Ahli Majlis dari seluruh Bahagian, Daerah dan Kawasan di Negeri Sarawak.
Antara lain usul adalah berkisar kepada penempatan pusat niaga baru, keperluan mengadakan kursus dan seminar, masalah-masalah warga penjaja dan peniaga kecil setempat, pendaftaran perniagaan dan  juga masalah peniaga PATI.

Wednesday, 13 September 2017

Konsep Naik Taraf penjaja dan peniaga di bahu Jalan Sarawak.

Pemantauan dari pihak Persatuan penjaja dan peniaga Kecil 1Malaysia (PPK1MS) mendapati keadaan penjaja dan peniaga di bahu jalan adalah tidak teratur dan terurus.

Mengambil inisiatif ini, pihak persatuan ingin mengemukakan perkara ini sebagai usul dalam mesyuarat M3PKN akan datang. Persatuan juga berusaha untuk mendapatkan dana pembangunan daripada kementerian yang berkenaan untuk membiayai kos naiktaraf gerai-gerai seperti ini



Keadaan Gerai-gerai binaan sendiri yang sedia ada adalah amat menyakitkan mata melihat dan perlu untuk dinaik tarafkan. Usaha ini adalah antara lain untuk membantu warga penjaja dan peniaga kecil dan dalam masa yang sama memberi keselesaan disamping meningkatkan aktiviti ekonomi setempat.


Sebelum ini juga terdapat binaan-binaan yang tidak sesuai dengan kehendak pasaran dan lokasi tumpuan pengunjung. Contohnya binaan didirikan jauh dari laluan dan tidak menggalakkan. Lokasi yang tidak komersial akan mensia-siakan usaha ini.
Oleh yang demikian pemilihan tempat dan lokasi perlu dibincangkan bersama Persatuan PPK1MS yang mana ahli-ahlinya lebih arif tentang lokasi dan kesesuaian disatu-satu tempat untuk menjalankan perniagaan harian.



Faktor-faktor keselamatan juga diambilkira dan boleh mendatang bahaya kepada pengunjung dan juga peniaga.

CADANGAN BINAAN YANG LEBIH MENARIK DAN SISTEMATIK

Gerai yang telah dinaiktarafkan di Jalan Santubong - Sg Lumut Sarawak.

Pihak persatuan juga telah membuat tinjauan dibeberapa lokasi mereka yang berniaga di bahu jalan. Binaan-binaan seperti ini adalah dicontohi dan diadaptasi di kawasan yang berpotensi.


Binaan yang menitikberatkan kebersihan, saliran dan pengurusan sampah.



Binaan yang tahan dan teguh 


Binaan yang mengambilkira keselamatan pengunjung dan peniaga dengan adanya pembahagian laluan dan tempat letak kenderaan.
Ini adalah contoh contoh yang boleh dicadangkan untuk naiktaraf.



Contoh Binaan dijalan besar Bt 12 Jalan Kuching Serian (Siburan)

Binaan ini adalah tidak begitu sesuai memandangkan terlalu dekat dengan jalan utama, tidak ada pembagahi jalan, tidak ada ruang untuk meletak eknderaan pengunjung. Keadaan ini mudah terdedah kepada kemalangan. Walaubagaimanapun usaha ini sedikit sebanyak dapat memberi manafaat kepada warga penjaja dan peniaga bahu jalan. Ini adalah lebih baik daripada keadaan yang tidak terurus, dan juga menyediakan pengurusan kebersihan.


Binaan terlalu dekat dengan bahu Jalan besar / utama Kuching -Serian


Keadaan kereta pengunjung yang datang berurusan dengan peniaga, terlalu dekat dan boleh mengundang kemalangan.

Program ekonomi Digital - Digital Kenyalang

Program Digital kenyalang merupakan satu program kerjasama dengan MDEC dengan kerajaan Negeri Sarawak yang mengetengahkan fasa ekonomi Digital. 
Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abg Abdul Rahman Zohari di Borneo Convention Centre Kuching Sarawak pada 14 September 2017.


Kehadiran adalah jemputan kepada pelbagai usahawan berlatarbelakangkan pelbagai usaha dan kategori. 

Ketua Menteri Sarawak - Perasmian Program

Galakan untuk menerokai perdagangan digital membolehkan usahawan menjana pendapatan dengan teknologi IT ke arah usahawan berpendapatan tinggi.
Kesedaran tentang pentingnya  IT adalah penting dikalangan usahawan tempatan.


Majlis perasmian dihadiri oleh kenamaan dan jemputan dari pelabagai komuniti dan persatuan. Ini adalah untuk mendedahkan peluang baru yang harus diterokai untuk meningkatkan lagi tahap ekonomi usahawan tempatan. Ini disarankan kepada warga penjaja dan peniaga kecil dalam PPK1MS.

Antara hadirin daripada MPUB (Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera Sarawak) dari Jabatan Residen Kuching.

Pelancaran E-Usahwan dan E-Rezeki

Antara lain usahawan berjaya yang dijemput ialah Fizo Omar dan usahawan selebriti lain yang telah berjaya dalam masa yang singkat dengan kaedah e-Ekonomi.
Pihak komuniti penjaja dan peniaga kecil adalah digalakkan menyertai program kearah ekonomi era baru ini.

Taklimat Pembiayaan dan Program Peluang perniagaan Franchais 2017


Satu program taklimat santai tentang Peluang perniagaan franchais telah diadakan di Pejabat PNS Sarawak pada 13 September 2017.

Antara lain, isi kandungan program tersebut adalah sekitar langkah-langkah untuk menjalankan perniagaan secara franchais dan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk menceburi bidang tersebut.

Latihan dan kursus akan diberikan kepada mereka-mereka yang terlibat dengan sistem perniagaan secara franchais.


Peserta sedang kusyuk mendengar taklimat dari pegawai PNS Sarawak, Vivisher Gider.


Antara ahli PPK1MS yang mengambil bahagian En Dollah dan En Japar 



Cik Puan Vivsher Gisher sedang memberi taklimat.

Taklimat tersebut menerangkan secara terperinci mengenai peluang Perniagaan Franchais dan skim-skim pembiayaan perniagaan dibawah PNS.
Perbincangan juga berkenaan dengan skim pembiayaan food truck yang ditawarkan oleh pihak PNS.

Taklimat tersebut terbuka kepada perbincangan dan persoalan berkenaan bagaimana dan kaedah-kaedah serta syarat-syarat yang melayakkan usahawan untuk terlibat dalam perniagaan berbentuk franchais. Mereka juga bebas memilih perniagaan franchais yang disediakan dari modal kecil hingga ke modal yang besar bergantung kepada kemampuan ushawan.



Sunday, 10 September 2017

Program 1MME - Transformasi Minda Politeknik Kuching (2017)

Program 1MME - Transformasi Minda dijalan pada 9-10 September bertempat di Km 22, Jalan Matang, Politeknik Kuching Sarawak.

Antara lain isi kandungan program tersebut adalah sekitar membuka minda dan mengenalpasti persaingan dan cabaran dalam perniagaan. Peserta didedahkan dengan format Rancangan Perniagaan (RP) yang membolehkan peserta mendapatkan pembiayaan dalam bentuk sama dan geran atau pinjaman daripada Kerajaan.


Antara peserta yang mengambil bahagian daripada pelbagai latarbelakang pernigaan.


Program Tarnsformasi Minda 1MME 2017 diharap akan memberi kesedaran dan membuka peluang kepada usahawan dikalangan peniaga dan penjaja agar dapat mengembangkan lagi perniagaan dimasa kan datang dan adalah difahamkan bahawa pihak Kerajaan akan sedia membantu dari segi nasihat, pembiayaan, khidmat mentor mantee latihan dan kursus melalui pelabagai agensi seperti KPDNKK, PNS, dan sebagainya.

Saturday, 9 September 2017

Bajet 2018 - Kerajaan beri perhatian kos sara hidup





KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan akan memberi lebih perhatian kepada isu kos sara hidup dan perumahan dalam Bajet 2018 dalam usaha menambah baik taraf hidup dan kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, katanya, kerajaan juga akan mengambil kira angka makro yang menggalakkan di samping memberi tumpuan kepada ekonomi rakyat.
"Kita juga bincang tentang kedudukan ekonomi negara kita dengan mengambil kira beberapa angka makro yang lebih menggalakkan termasuk kadar pertumbuhan suku kedua tahun ini yang mencecah 5.8 peratus.
"Rizab antarabangsa kita mencecah jumlah yang terbesar dalam sejarah kita... dan juga sehari dua ini kita lihat pengukuhan ringgit yang semakin jelas,"katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato' Onn, di sini, hari ini.
Ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 10 bulan semalam (Khamis) pada 4.2080/2110 berbanding dolar AS manakala data ekonomi domestik mencatatkan angka yang kondusif dan menggalakkan.
Rizab antarabangsa Malaysia juga meningkat kepada US$100.5 bilion (RM431.7 bilion) pada 30 Ogos, 2017, berbanding AS$100.4 bilion (RM431.0 bilion) pada 15 Ogos 2017.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pengukuhan ringgit serta pertumbuhan ekonomi menunjukkan dasar negara berada di landasan yang betul yang memberi impak dan momentum lebih positif kepada ekonomi negara.
-- BERNAMA