Sunday, 12 April 2020

Kaedah dan Idea - Bazaar Ramadhan tanpa keluar rumah/ (e-Bazaar)


Pembatalan Bazaar Ramadhan 2020 memberi peluang kepada usahawan-usahawan untuk berfikir mencari jalan alternatif bagaimana untuk berniaga dalam mengharungi wabak Covid19.

Terdapat pelbagai idea dan kaedah untuk difikirkan dan dipraktikkan bagi melakukan jualan juadah dan keperluan menggunakan jalur atas talian. (online) - rujukan lanjut dan terimakasih blog ordersini.

 

1. ORDER & HANTAR - TEMPAHAN DAN HANTAR KEPADA PELANGGAN.



Tiada pilihan lain yang boleh digunakan oleh peniaga kecuali menggunakan cara order dan hantar makanan. Cara ini sama seperti buka gerai di Bazaar juga , cuma peniaga yang pergi menghantar makanan ke rumah pembeli atau pelanggan.


 


Namun untuk lakukan proses ini, ianya memerlukan Standard Operation Procedure (SOP) yang ketat untuk mengelakkan kerugian. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya cara pembayaran, tempoh tempahan dan cara penghantaran dibuat. 

Terdapat juga kemungkinan perbuatan khianat dimana tempahan palsu dibuat. Tempahan daripada orang awam perlu disahkan sebaik mungkin untuk mengelak kerugian.




2. MULA SEKARANG & ATUR JADUAL


Mulakan sekarang, latih diri. Jangan tunggu bazar bermula baru nak mula buat. Anda perlu buat sekarang untuk buat SOP sendiri.

Untuk perniagaan online, anda perlukan jadual pembelian barang mentah, jadual tempahan, sistem tempahan dan jadual penghantaran yang teratur untuk pastikan semua proses ini berjalan lancar.


Management Accounting Outsourcing | MIS Services - Finsmart
 Jadualkan penghasilan produk anda
 

Johorbahru | FAMA perkasa jualan atas talian - 'Covid-19'

 Belian bahan mentah yang terancang

Jika anda tunggu ramadhan bermula, ianya sudah terlambat. Anda perlu bermula hari ini dan biasakan diri dengan suasana perniagaan baru sebelum tiba Ramadhan. 
Pastikan anda buat catatan dan sediakan jadual serta SOP dari pagi sampai penghantaran makanan kepada pembeli.



3. ORDER SEHARI AWAL

Buat perancangan rapi. Untuk memudahkan anda menyediakan bekalan bahan mentah serta mengelakkan kerugian, anda perlu ambil order sehari awal. Tempahan yang dibuat sepanjang hari ini akan dihantar pada keesokan hari. Jika makanan anda mudah untuk disediakan, anda boleh buka tempahan sehingga jam 3 petang dan penghantaran dibuat pada hari yang sama.



Ianya terpulang kepada jenis makanan yang anda jual. Jika ianya mudah untuk disiapkan, anda boleh buka sehingga tengahari hari yang sama. Jika makanan tersebut sukar untuk disiapkan, maka anda perlu buka tempahan sehari awal.

Jika tempahan dibuat sehari awal, anda lebih kurang risiko untuk kerugian. Berapa jumlah order yang anda terima, anda boleh masak mengikut jumlah tersebut & hantar pada petangnya.




4. BAYAR TERUS

Seeloknya JANGAN buat pembayaran tunai semasa penghantaran (Cash on delivery). Ianya berisiko untuk anda dan perniagaan anda kerana jika pembeli tidak muncul semasa penghantaran atau batalkan tempahan secara tiba-tiba, anda tidak akan menerima bayaran jika anda mahu mereka bayar secara cash.

Why no cash-on-delivery offered? – Real Whey 
Sebaiknya TIADA Cash On Develry


 Sarawak Pay Apk Download latest android version 2.3.6- my.gov ...
Bayar terus melalui kaedah bayaran atas talian


Pembayaran atas talian lebih mudah. Terdapat pelbagai kaedah bayaran seperti Sarawak PAy, Bank Transfer dan sebagainya. Mereka buat tempahan dan terus kepilkan resit untuk anda. Jika anda boleh sediakan payment gateway, lebih mudah. Pembayaran dijamin 100% dibuat untuk makanan anda.




5. SISTEM TEMPAHAN

Anda perlukan sistem untuk memudahkan pengurusan tempahan yang diterima. Pembeli boleh bayar dengan mudah, anda boleh uruskannya dengan mudah.
 



 Platform e bazaar di Facebook

Terdapat banyak platform dalam Facebook di internat untuk anda mendaftar diri. Anda boleh masukkan produk makanan anda tanpa had. Dan pembeli  juga boleh beli tanpa had. Mereka boleh beli sebanyak mana yang mereka mahu dan anda juga boleh jual sebanyak mana produk yang anda mahu.

 Norbaini Cookies” minta pemborong buat tempahan awal sebelum ...


Sistem platform FB ini akan memudahkan anda untuk membuat penghantaran kepada alamat yang telah dimasukkan secara pm (personal message). Selepas anda menghantar makanan, anda hanya perlu tandakan tempahan tersebut sebagai ‘selesai’ atau ‘dihantar’.

Sales record book – Doris & Fred

Setiap hari, anda boleh lihat laporan jualan yang anda telah buat. Buat rekod untuk anda sendiri agar mudah anda mengurus perniagaan anda.

Pukka Pad, Duplicate Order Book (NCR) 50 Sets - 137x203mm - Zentesi 

Sediakan Resit atau DO (Delivery order) utk pelanggan. Boleh beli dikedai buku. Notifikasi whatsapp juga dihantar kepada pembeli berkenaan tempahan yang dibuat.



6. BUAT GROUP PEMBELI (Whatsapp / Telegram etc)
Anda boleh sediakan group whatsapp atau telegram khas untuk pembeli anda. Setiap kali ada tempahan baru, masukkan mereka ke dalam group pembeli. Orang yang pernah membeli dan sukakan produk anda, mereka cenderung untuk membeli di tempat yang sama sahaja.

 Siap-siap 3 Hari Lagi, Ini Daftar Ponsel yang Tak Bisa Pakai ...

Itu ialah lumrah psikologi dalam jual beli. Sekali mereka suka, mereka akan terus sukakannya. Perkara ini juga berlaku di bazaar ramadhan. Orang akan pergi ke kedai yang pernah mereka beli sahaja.
Group whatsapp menjadi satu medan terbaik untuk anda menerima tempahan tanpa perlu promosikan produk makanan atau menu baru anda. 

Letakkan link anda dalam plattform seperti ini di FB

Anda boleh berikan link group whatsapp tersebut di dalam group komuniti facebook dan sebagainya. Ajak lebih ramai orang masuk ke group whatsapp dan tunjukkan makanan anda di situ.
Semua tempahan perlu dibuat dan dibayar terus secara online (SarawakPay / Bank transfer dsbnya) Ianya lebih memudahkan anda untuk uruskan semua tempahan berbanding buat secara manual.

7. BANTUAN ANAK-ANAK MUDA
Bagi peniaga yang sudah berumur, mereka pastinya kurang gunakan sistem dan tidak pandai uruskan perniagaan atas talian. Maka mereka perlukan bantuan orang muda. Jika ada anak-anak yang pandai gunakan teknologi, gunakan kemahiran mereka untuk uruskan perniagaan.
Jika anda mempunyai ibu bapa yang berniaga di bazaar, bantulah mereka. Gunakan segala kelebihan teknologi yang anda tahu untuk bantu mereka hasilkan pendapatan sepanjang bulan ramadhan.

SELAMAT BERNIAGA CARA BARU.


Friday, 10 April 2020

PPPS Menyambut baik penggunaan SarawakPay untuk bantuan Peniaga dan Penjaja


Bantuan Khas RM1500 kepada peniaga-peniaga melalui Sarawak Pay satu tindakan bijak



 1) Saya bagi pihak PPPS (Persatuan Peniaga & Penjaja Sarawak) terlebih dahulu mengucapkan berbanyak-banyak kepada pihak Kerajaan Negeri Sarawak atas keperihatinannya kepada warga penjaja dan peniaga kecil umumnya.


 2) Bantuan khas yang disalurkan kepada warga penjaja dan peniaga kecil melalui Sarawak Pay adalah satu kaedah penyaluran yang terbaik dan ianya boleh menjangkau semua warga penjaja dan peniaga kecil  dan mengelakkan dari berlakunya ketirisan dan agar tidak terpesong dari kumpulan sasar. Satu platform sebegini lebih mudah untuk diuruskan agar tidak berlaku pertindihan. Ini hanya berlaku di Sarawak, tahniah untuk tindakan bijak ini.


 3) Dengan menggunakan kaedah ini, ianya dilihat selari dengan langkah awal perlaksanaan sistem eknomi digital. Penjaja dan peniaga kecil juga boleh berbelanja secara ‘cashless’ dan mereka juga boleh mengeluarkannya melelui bank-bank jika perlu.

4) Kepada mereka yang mempunyai lesen perniagaan dan berdaftar ini mungkin tidak menjadi masalah. Ini mungkin menjadi sedikit kesukaran bagi kebanyakan mereka yang berniaga kecil ditepi jalan, menumpang dikedai-kedai dan berniaga secara sambilan, berniaga dari rumah tidak mempunyai lesen atau berdaftar. 

 Guide to Register Your Property Online in Bangalore – RoofandFloor ...

5) Untuk ini saya cadangkan semua mereka yang menjalankan perniagaan hendaklah mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa tempatan PBT seperti BDA, DBKU, MPP, MBKS dan Majlis majlis Daerah di semua Bahagian.  Syarat pendaftaran untuk permulaan ini hendaklah ada sedikit kelonggaran ataupun dipermudahkan kaedah pendaftarannya. Daftar ini akan menjadi rujukan pihak Kerajaan untuk membantu dan juga berguna di masa akan datang.

6) Untuk itu juga sekali lagi saya sarankan agar semua ahli PPPS dan juga seluruh warga penjaja dan peniaga kecil di Negeri Sarawak agak bertindak bijak dan proaktif agar tidak terkecuali dari hasrat Kerajaan untuk memberi bantuan.
Sekian

Mohd Ariffin Bin Abdullah
Presiden
Persatuan Penjaja & Peniaga Sarawak
Ahli Majlis Perunding M3PN (Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sarawak)


Thursday, 9 April 2020

Bazaar Ramadhan - Jualan Makanan dan Juadah secara atas talian

Pembatalan Bazaar Ramadhan di seluruh Sarawak telah diumumkan. Tiada jualan juadah dan makanan dan lauk pauk di bazaar terbuka. Namun demikian usahawan-usahawan mula berniaga melalui jualan atas talian melalui media sosial seperti Facebook.

Beberapa page atau platform niaga di Facebook telah mula diwujudkan. Usahawan mula berpusu-pusu mendaftar diri sebagai penjual dan mempromosi produk masing-masing. Ini adalah satu keadaan yang menggalakkan dan ianya satu perkembangan positif.

Pelbagai juadah dipromosi dengan mengambil foto dan didedahkan dalam beberapa page yang diwujudkan. Pengunjung dari seluruh pelusuk boleh melayari dan memesan melalui panggilan dan menghubungi terus kepada penjual. Bayaran mungkin semasa penghantaran atau melalui aplikasi wang digital seperti Sarawak Pay, Online transfer dan sebagainya.



Contoh Page yang dibiba sebagai kemudahan para peniaga untuk berjual beli juadah di Bulan Ramadhan 2020.


Terdapat juga usahawan -usahawan sudah mula mencuba dan berjual menggunakan media sosial. Hasilnya sangat menggalakkan. 
Namun demikian, usahawan dinasihatkan agar menjaga kualiti produk dan perkhidmatan agar menjana pendapatan berterusan.

  
Menyediakan produk yang dipesan. Usaha salah seorang usahawan Bazaar Ramadhan mempromosi jualan. 

Usahawan-usahawan Bazaar secara online juga dinasihatkan agar berhati-hati dengan kegiatan yang tidak bertanggunjawab dan khianat. Ini boleh berlaku dimana ada pelanggan online membuat tempahan dengan banyak dan memberi lokasi palsu dan ini mengecewakan dan merugikan. Perkara seperti ini boleh berlaku,
Berhati-hati.. 

Kepada usahawan yang belum biasa, mereka mestilah bersedia dengan keadaan ini. Boleh belajar daripada anak-anak muda yang fasih menggunakan kaedah ini. 
Kaedah jualan dalam talian adalah lebih menguntungkan kerana :

- pelanggan sudah dikenal-pasti (tempahan awal)
-penghasilan produk adalah atas permintaan atau tempahan
- tidak perlu membayar tapak jualan



Untuk Mencegah Demam Tifoid, Kapan Harus Suntik Vaksin Tifoid?
Suntikan Anti Typhoid kepada penyedia produk makanan.

Usahawan-usahawan juga dinasihatkan supaya menjaga keselamatan dan kesihatan. Penyedia-penyedia makanan juga dinasihatkan mengambil suntikan anti-typhoid, menggunakan sarung tangan , menjaga kebersihan dan mengambil langkah-langkah perlu untuk menghasilkan produk yang bersih dan selamat.

Sunday, 5 April 2020

Pembatalan Bazaar Ramadan 2020 - satu tindakan yang bertanggungjawab dan peduli rakyat.



 Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazaar Ramadan 2020, susulan penularan wabak Covid-19.
 
 Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg hari ini berkata, keputusan membatalkan dua bazar sempena perayaan utama itu dibuat sebagai langkah berterusan untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik Covid-19.

“Berikutan tempoh bazar Ramadan dan bazar Gawai Dayak berdekatan, kerajaan memutuskan untuk membatalkan kedua-duanya dan ini adalah kerana kita tidak mahu menjejaskan masyarakat keseluruhannya.

“Tahun ini kita tidak perlu bazar Ramadan, kalau umur panjang kita akan menyaksikan semula bazar Ramadan dan bazar Gawai Dayak pada masa depan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan penghantaran bekalan makanan ke kawasan pedalaman, di sini, hari ini." - Abang Johari

 


 PERSATUAN PENIAGA & PENJAJA SARAWAK (PPPS) Menyambut baik keputusan pembatalan bazaar Ramadhan 2020 selari dengan tindakan dan keputusan lain-lain negeri di Seluruh Malaysia.


  
 En Mohd Ariffin Bin Abdullah, Presiden Persatuan Peniaga & Penjaja Sarawak.

Encik Mohd Ariffin menyifatkan keputusan untuk membatalkan Bazaar Ramadhan 2020 adalah satu tindakan yang bertanggungjawab demi keselamatan masyarakat.
Beliau juga menggesa agar semua ahli-ahli persatuan serta warga penjaja dan peniaga kecil akur dan patuh dengan keputusan berkenaan.
Terlebih dahulu, beliau mewakili persatuan PPPS mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Pusat dan mengharapkan agar bantuan dan sumbangan atas nama keperihatinan dan kepedulian kepada warga penjaja dan peniaga kecil di Sarawak.

 "Ramadan 2020 ini tentu sekali terasa berlainan. Begitulah yang kita harus mempersiap diri dalam menghadapi masalah virus maut ini.
Keputusan ini akan mengecewakan ramai, lebih-lebih lagi para peniaga kita yang ghairah untuk menjual produk-produk Hari Raya mereka. Namun dalam kita mengharungi masa-masa sukar kini, penyesuaian perlu dilakukan. 
PPPS harap masyarakat faham dengan keputusan yang dibuat dan sama-sama dapat kita membendung penularan Covid-19 ini" - Mohd Ariffin (Presiden PPPS)


Antara komen daripada usahawan usahawan Bazaar Ramadhan yang sempat dirakamkan :

Mohd Shadad Bin Yusof (Ketua Unit PPPS Kota Sentosa, Bt 7 Kuching)
Ahli Majlis M3PKN (Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sarawak).

"Kita akur dan berlapang dada menerima keputusan pembatalan Bazaar Ramadhan 2020. Saya juga berpesan kepada semua warga penjaja dan peniaga kecil agar sentiasa mematuhi segala tindakan pihak Kerajaan yang membawa kebaikan kepada kita. 
Tidak berniaga di Bazaar bulan Ramadhan tidak bermakna kita tidak boleh berniaga terus. Kita sebagai usahawan harus bersedia untuk satu keadaan baru atau lanskap baru dalam perniagaan. Perniagaan secara atas talian juga merupakan satu pilihan.
Kita juga mengharapkan ada bantuan dan sumbangan daripada pihak kerajaan Negeri Sarawak untuk warga peniaga kecil dan penjaja yang terkesan dengan keadaan sekarang ini. Ini akan sedikit sebanyak meringankan tanggungan dan beban semasa perintah PKP ini". - Mohd Shadad Yusof

Raboyah Siee dan Abg Idris (Usahawan Bazaar Ramadhan)

"Semua persediaan telah dibuat, modal telah dikeluarkan untuk berniaga Bazaar Ramadhan Kota Sentosa (Bt 7 Kuching). Namun oleh kerana keadaan tidak mengizinkan, kami terpaksa akur dan menerima baik keptusan ini.
Kami juga mengharapkan ada sedikit bantuan dan sumbangan daripada pihak Kerajaan Negeri Sarawak bagi meringankan beban dikala tidak ada peluang untuk berniaga dan perintah PKP ini."
Pn Raboyah Saie (Peniaga Bazaar) 


 Norhadzilah Lorin - Usahawan / pembekal (usahawan Bazaar Ramadhan - Lundu Sarawak)

"Saya telah mengjangkakan penutupan ini dan bersedia menghadapi keaadan. Sebagai seorang usahawan, saya telah menyediakan pelbagai pelan dan inisiatif sendiri termasuklah jual beli secara dalam talian melalui FB. Kebanyakan warga penjaja dan peniaga kecil yang kurang mahir menggunakan kemudahan teknologi seperti insta/FB/Whatsapp dsbnya. Mereka ini amat terkesan,
Walaubagaimanapun, keputusan kerajaan Negeri untuk membatalkan Bazaar Ramadhan 2020 adalah satu yang tepat dan bertanggungjawab demi keselamatan semua masyarakat."     - Norhadzilah (usahawan dari Lundu, Sarawak) 

Aladdin Bin Joni - Kota Samarahan

"Kita akur dan berterima kasih atas keputusan ini. Ianya nampak adil dan bertanggungjawab menjaga kepentingan semua. Walaupun saya telah bersedia dan mengeluarkan modal untuk tujuan ini,  saya juga bersedia untuk segala kemungkinan termasuk mempromosi jualan melalui 'online' dan media sosial spserti FB. Ini akan dibantu oleh anak-anak yang mempunyai lebih pengetahuan dalam bidang IT ini". 
- Aladdin Bin Joni (Usahawan Bazaar Ramadhan)

Pihak persatuan sentiasa bersama-sama pihak Kerajaan Negeri Sarawak membendung penularan wabak maut Covid19 ini dengan apa cara yang termampu. Semoga kita semua selamat dan dijauhi dari wabak yang tidak pernah memilih mangsa ini.







Thursday, 2 April 2020

Wabak Covid19 mungkin mengubah landskap peniagaan..

Saranan ketua Menteri Sarawak berkenaan Ekonomi Digital kini kian menampakkan impak. Kini perniagaan secara atas talian, wang digital, urusan-urusan perniagaan sudah mula menampakkan satu yang praktikal.

Sejak penularan wabak maut Covid19, segala urusan dalam talian secara digital kini menjadi penting. Bayaran utiliti, bil, belian bekalan makanan, pakaian seeloknya dilakukan secara atas talian. 
Ini akan mengurangkan risiko penularan penyakit yang tidak pernah memilih mangsa sekarang ini.

RAKAN Sarawak (Apr-Jun) 2017 by RAKAN Sarawak - issuu 

Penggunaan wang digital merupakan salah satu cabang Ekonomi Digital yang dicanangkan. Dengan demikian, segala urusan menjadi semakin mudah dan ringkas, selamat.
Tiada sentuhan fizikal.
Masyarakat kini perlu mempersiapkan diri untuk lonjakan ini, satu lanskap baru akan wujud dalam urusan perniagaan setrusnya mendorong kepada Ekonomi Digital.

 
Contoh portal digital yang digunakan

SEB cares - Google Play 上的应用
 Penggunaan portal bayaran utiliti yang memudahkan/


Woman Fearful Of COVID-19 Accidentally Burns RM1,800 In An Attempt ... 
Kurangkan sentuhan fizikal. 
"Kita perlu mencari kaedah baharu untuk meningkatkan pendapatan dan kekayaan luar bandar serta kualiti hidup di kawasan itu. Ekonomi luar bandar tidak hanya berkaitan pertanian, sebaliknya perindustrian, ekonomi digital serta perkhidmatan juga boleh dikembangkan.
"Bagi mencapai matlamat itu, kita berusaha menyediakan kemudahan telekomunikasi hingga ke komuniti terpencil. Ia cabaran besar kepada kita,"- Abg Johari, Ketua menteri Sarawak.


AgroBazaar Online bantu usahawan tani | Harian Metro 
Contoh AgroBazaar - satu inisiatif FAMA
Dari sudut kepenjajaan dan peniaga kecil, urusan perniagaan secara digital adalah satu yang baru yang akan dilalui. Satu lanskap baru perniagaan kini telah wujud dimana penggunaan wang digital, mewujudkan kedai-kedai serta portal niaga secara atas talian. 

BSN Teams up With Sarawak Pay to Serve Rural Communities in ...

Penggunaan bayaran melalui wang digital.
Warga penjaja dan peniaga harus mempersiapkan diri untuk lanskap baru perniagaan ini. Belajar dan terus belajar demi untuk selari dengan keadaan dan kehendak zaman ini.